kerana mulut...

Assalamualaikum semua...

kenapa lately aku rasa macam tak bersemangat ye? Nak tulis entry pun mood lari. Zero & takde langsung upaya nak mengetuk papan keyboard. Rasa macam...hmm..ntah la..susah nak cakap. Kurus pun makin kurus. nak kata ada masalah? memanglah ada. semua orang pun ada. Tapi orang lain maintain je..naik lagi ada..aku jugak yang makin kurus..  T.T

1000 orang aku jumpa, 998 orang akan kata. Eh eh kenapa kau kurus sangat ni? Lagi teruk lagi, minggu ni bukan setakat makcik kat Restoran RZ tu je. Pakcik Guard tempat kerja aku ni pun tanya jugak. Saya ingatkan siapalah tadi. kenapa kurus sangat ni? kamu ada penyakit ke?  (-.-') 

....penyakit?

Aku sebenarnya malas nak fikir kata-kata orang ni. Kalau lagi banyak fikir, mahu binggung jadinya. Tak jadi buat kerja. Tapi...kalau tak fikir, siapa lagi nak fikir..kan? kan?

Betullah kata orang tua-tua. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Susahkan kalau orang yang kita percaya untuk simpan rahsia kita tapi dia bocorkan. Disebabkan dari mulut dia, semua orang tahu benda yang kita nak diamkan. Disebabkan dia, semua gosip & fitnah terjadi kat mangsa yang tak berdosa. Yang menjadi mangsa nilah yang kesiannya..tension..Rasa macam...  urrrgggh..geram.. *asah-asah pisau*

Dan lagi satu hal pun macam tu jugak kat orang yang suka bawak rumours. kenapa ye suka sangat sebarkan benda yang ntah sahih ntah tidak kat khalayak ramai? kenapa tak pergi sendiri kat empunya badan & tanyakan hal yang sebenar? kenapa mesti tanya kat orang lain dulu, then buat assumption sendiri, pastu sebarkan lagi kat orang lain pulak. kenapa ye? Ke memang manusia memang macam ni?   (T_T)

............ke aku yang bersalah?




hmmm..aku pun takde jawapan.


Yang kecewa,

Mak Kuntilanak

Assalamualaikum semua..

Hmm..hari ni tak banyak beza macam hari-hari biasa. Semua biasa-biasa sahaja. Perasaan biasa, perkara biasa, suasana biasa. Takde yang luar biasa. Bosan pun macam biasa. Sebenarnya kondisi aku sekarang ni ialah takde kerja sambil-sambil nak tunggu masa lunch menjelma kejap lagi. Lapar weh..perut dah berkeroncong lagu Tolong ingatkan aku ni..tapi mana boleh keluar sesuka hati..nama pun kerja dengan kerajaan kan..lainlah kalau buat bisnes sendiri, takpun suri rumah sepenuh masa.. (-.-')  -ayat aku macam x biasa mengular..huahuahua..padahal?   "(-.-)" tanduk dua!

Tadi aku ada la melawat tapak blog kawan-kawan. Sekali, aku terjumpa sesuatu yang menarik. kalau bosan-bosan bolehlah korang cuba jugak..hehe



Ni lukisan aku


Jangan la gelakkan aku. Aku tahulah lukisan ni tak cantik.. Dah macam mak kuntilanak dah rupanya..huahuahua..Tapi best woo kalau nak gatal-gatal tangan melukis..Kalau dah korang kutuk-kutuk sangat lukisan aku, apa kata korang pulak buat sendiri..kita tengok apa jadik?  haha!

Kalau korang berminat nak try jugak, pergi scribbler (tekan terus). Kat situ korang bolehlah lukis macam-macam yang korang nak. Benda ni  aku amik dari Misz Su & Azreen Chan

Selain melukis mak kuntilanak, aku jugak pandai lukis macam-macam jenis mak..wahaha!










Pelukis amatur,

warga burung


Assalamualaikum semua.... (-.-')

Korang pernah tak rasa tak puas hati kat warga burung atas apa-apa alasan? Rasa macam nak bunuh dorang ni sekor-sekor ke..tak pun rasa macam nak bina sebuah sekolah khas untuk warga burung-burung ni ke? Hello..tolong fikir straight ok. Aku memang tengah marah sangat kat warga burung-burung ni - burung yang terbang-terbang tu ok. Rasa macam nak sekolahkan dorang sekor-sekor. Nak ajar supaya dorang semua ni pandai membuang najis di tempat yang sepatutnya. Dan..dan..kalau nak membuang haruslah jangan membuang secara berpesta.. grrrr.




Nasib baiklah angan-angan aku tu tak boleh dibuat kenyataan. Kalau tak, dah lama dah kita boleh tengok warga burung-burung ni beratur bawak beg besar pergi sekolah..LOL..Tak pun, sekurang-kurangnya dapat merasa makan nasik berlaukkan masak lemak cili api burung. Tak pun burung panggang pun sodap!   "(-.-)" tanduk




Cerita dia start macam ni.

Ada satu malam tu, aku dengan Cik Pu keluar pergi McD Seberang Jaya. Oleh kerana customer McD terlalu ramai sangat malam tu kami pun tak berjaya park kat situ. So, kena carik parking luar. Ada satu port ni, baik punya port. Jalan kaki ke McD pun tak la jauh sangat. Risiko dari dilanggar kereta lain pun sangat tinggi peratusnya dan juga selamat. So, kitorang park jelah kat situ. Pung pang pung pang kat McD lebih kurang 2-3 jam, bincang punya bincang, dating punya dating, kitorang pun sepakat membawa berkat amik keputusan balik rumah.

Time nak balik tu, aku ingat daun kering bertaburan atas kereta. Ok, no hal. Perkara biasalah tu kan, setakat daun kering kan..apalah sangat. Waktu tu pun malam -gelap, so aku tak berapa nak nampak sangat. Then tiba-tiba 

Cik Pu :  "fuhhh..cantik corak dia buat..." 
Aku : (dalam keadaan blur blur - dah mengantuk) Corak?


Perrrghh..sekali pandang macam daun kering. Dua kali pandang taik burung rupanya! geram betullah aku. time tu rasa macam nak memiliki 10 machine gun then tembak dorang sekor-sekor. Klau nak berak pun, beraklah secara berkhemah. Berak sekor-sekor ke, tak pun berak tempat lain ke. Ni tidak... Buat pesta!

Tak pasal-pasal balik tu, malam-malam buta aku kena basuh kereta. Esoknya pergi kerja semua orang pandang semacam. cis cis cis. Rupa-rupanya side tepi belah sana aku tak nampak masih ada lagi kesan kotoran dorang..haissh  (-.-'). Ok, tak pe lagi. Lunch tu aku terus pergi Car wash basuh. Sekali tutup pulak. Petang pergi lagi. Giler geli pekerja-pekerja car wash tu nak basuh....hahaha! Lantak!   "(-.-)"



Esok-esoknya?  Still ada lagi.. Bezanya dia berak sekor-sekor je. tak banyak macam hari tu.

Hari ni? pun ada lagi..grrrrrrr

Sampai hati betul dorang buat aku macam ni.

Dorang tak tahu ke cuci kereta tu memerlukan tenaga & duit yang banyak?  (-.-')



So, minggu ni aku lancarkan perang terhadap warga-warga burung!


Sekarang angkat tangan sape yang nak join?



Ketua perang,

Gigi berbunyi masa tidur (Bruxism)

Assalamualaikum semua..

Hari ni aku takmau buat intro panjang-panjang macam selalu. Just nak cerita pengalaman aku je. (hehe..ayat sarkastis betul..). Tadi aku baru je balik dari jumpa Dokter Gigi kat klinik gigi tempat kerja aku ni. Niat sebenar aku pergi sana just nak buat scalling je. Then, terasa macam nak tahu sesuatu. Aku pun ceritakanlah masalah yang selalu aku hadapi tu..kalau tidur dengar bunyi gigi bergeser kuat tu la..

korang pernah dengah tak?    Tak?  (-.-')

Silakan stalk aku tidur malam ni...kih kih kih 

Ok ok..straight..straight.

Lepas dah cerita pung pang pung pang panjang lebar dengan Dokter Gigi tu, aku dengar perbualan dia dengan staff nurse kat situ.

Dokter Gigi : hmmm..gigi dia keseluruhannya cantik. Takde tampal-tampal.

Aku :  *Senyum bangga*  (mana x bangga weh..dah 2 orang Dokter Gigi cakap macam tu..huahuahua!)

Dokter Gigi : Tp...gigi kat bahagian depan ni dah haus..maybe akibat bruxism.

Staff Nurse : Takpe Dokter, saya order mouth guard. (Stuff nurse tu terus telefon seseorang - aku dah x amik pot).

...............................................................................................................................................................

Bruxism? Mouth guard? apa tu? apa tu? Binatang apa tu?

Balik lab aku terus p google..haissh..tetiba balik klinik gigi dapat 1 penyakit ganjil pulak. huahuahua!  (-.-)'


Hasil carian aku:

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apa itu Bruxism atau Teeth Grinding?


Ia adalah satu keadaan pergeseran secara paksaan antara permukaan occlusal gigi bawah dan gigi atas (permukaan yang digunakan untuk kunyahan). Pergeseran itu biasanya berlaku tanpa kawalan samada geseran ke depan dan kebelakang atau ke kiri dan ke kanan. Dan biasanya bruxism berlaku bersama jaw clenching (ketapan - mandible shut tightly). Mereka yang mendapat kondisi ini dipanggil bruxers.

Adakah Bruxism membawa masalah?

Ya. Kondisi bruxism yang tidak ditangani dengan cepat mampu memberikan kerosakan yang kekal kepada gigi dan ketidakselesaan di bahagian mulut dan muka. Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya waktu tidur. Semasa tidur, mastication force (kekuatan kunyahan) boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa dan boleh berlaku dalam 40 minit dari 1 jam waktu tidur.

Antara komplikasi akibat bruxism ini ialah:

* kekacauan struktur rahang bawah
* kesakitan pada rahang bawah (kesukaran membuka dan menutup mulut)
* kelukaan
* pening kepala
* sakit telinga
* kerosakan pada gigi (permukaan atas, akar, dan periodontal ligament)
* kerosakan gigi palsu atau tampalan pada gigi
* menyebabkan gigi sensitif
* goyangan gigi (tooth mobility)

Apa yang menyebabkan bruxism?

Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:

Faktor bruxism pada orang dewasa:

1. Tekanan perasaan. Ia adalah punca utama berlakunya bruxism di kalangan orang dewasa terutamanya sewaktu tidur. Tekanan perasaan boleh mengganggu kitaran tidur seseorang.

2. Kekecewaan dan menyimpan dendam dan marah. Semasa marah atau kecewa, biasanya seseorang akan menggigit dengan kuat mulutnya menyebabkan berlakunya bruxism. Biasanya keadaan ini tidak dapat dikawal.

3. Perwatakan yang agresif. Sama dengan sebab yang sebelumnya, iaitu berkaitan emosi. Cuma kali ini, mereka tidak menyimpan dendam atau marah, malah melepaskan marah mereka dalam keadaan mengetap gigi dengan kuat tanpa kawal. Beberapa kajian menyatakan bahawa mereka yang agresif, suka bertanding, suka mengawal dan mengarah mendapat keadaan bruxism ini.

4. Masalah fungsi Central Nervous System. Beberapa kajian membuktikan disfunction of central nervous system sebagai punca berlakunya bruxism seperti Huntington's disease dan Parkinson's disease (neurological disorder).

5. Ubatan dan dadah. Ubat antidipressant seperti Prozac dan Celexa, dadah seperti ekstasi dan kokaine dibuktikan memberikan bruxism sebagai kesan sampingan penggunaannya.

6. Susunan gigi yang tidak normal. Ia lebih dikenali malocclusion. Inilah salah satu sebab fizikal bruxism. Namun, ia masih dalam peringkat teori dan belum dibuktikan mana-mana kajian saintifik.

Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.

2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.

Apakah rawatan bagi bruxism?

Setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu merawat kondisi bruxism, namun kondisi ini dapat dikawal. Untuk mengawal kondisi ini, mereka yang mendapat bruxism ini perlu mengetahui punca sebenar berlakunya kondisi ini ke atas mereka. Berjumpa dengan doktor gigi adalah langkah terbaik supaya dia dapat melakukan pemeriksaan ke atas mulut mereka samada terdapat abnormaliti, kerosakan pada tisu, otot dan urat mulut. Kemudian doktor tersebut akan menemubual dan menyoal selidik samada mereka mempunyai masalah psikologi.

Biasanya masalah bruxism dapat diringankan dengan memakai mouthguard seperti yang dipakai pemain-pemain bola sepak mahupun sukan lasak. Mouth guard ini dapat mengurangkan kesan bruxism semasa tidur.

Lanjutan rawatan terhadap bruxism adalah berdasarkan puncanya:

* Masalah berkaitan tekanan perasaan - Mendapatkan rawatan psikologi daripada pakar psikologi. Muscle relaxant atau botulinum toxin dapat meredakan secara sementara otot rahang bawah daripada mengetap rahang, namun ia hanyalah jalan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berakhir.
* Masalah berkaitan struktur dan susunan gigi - Rawatan ortodontik dan pembetulan permukaan occlusal boleh dilakukan.
* Masalah Neuromuscular dan otak - Rawatan gandingan antara doktor gigi dan doktor psikologi diperlukan untuk mengatasi maslah yang kompleks ini.
* Masalah berkaitan ubat. Doktor anda mungkin akan mengubah ubat yang perlu diambil kepada yang tidak mendatangkan bruxism sebagai kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Serius weh. Aku takde tekanan perasaan!  huahuahua  (-.-')

So, Dokter Gigi dah buat appointment utk aku datang balik 17 Februari ni.

Huhu..patutlah tadi sebelum aku nak masuk jumpa Dokter Gigi ni tiba-tiba sakit perut..rasa cuak semacam.. Rupanya nak kena buat sesuatu... T_T

Lepas tarikh keramat 17 Februari nanti, setiap malam aku akan pakai mouth guard masa tidur..Lepas ni bolehlah bergusti ke main ragbi ke masa tidur..sebab dah pakai mouth guard macam ahli-ahli sukan..hahaha!

Hantu punya budak!


(contoh mouth guard)
jangan korang samakan aku dengan mamat bermisai-janggut ni sudah...huahuahua




your bruxers,




(thanks pakcik google sebab banyak membantu)  hahaha!

Caften dress


Assalamualaikum semua...

Hai korang..korang pe kabar? sihat? Kalau sihat, bagus bagus..Jagalah kesihatan lagi-lagi musim panas macam ni..Aku? Aku sekarang ni tak berapa nak sihat sangat. Sakit tekak sikit, selsema sikit, lenguh-lenguh badan sikit, semuanya serba sikit. Sampai malam-malam pun susah nak tidur. Dah kira sampai beribu-ribu kambing biri-biri pun tak boleh nak tidur lagi. Mungkin sekarang ni musim panas. Tak pun aku yang terlalu banyak fikir benda yang tak perlu difikirkan.  T.T

Eh, tajuk tak tally dengan title pulak. Ok, kita pergi next page. (selak)

Walaupun dalam keadaan tak sihat tak sihat aku tu, boleh jugak aku berangan macam-macam. Entah kenapa ntah dua tiga menjak ni berkenan nak pergi carik dress pulak. Perkataan yang paling tepat, caftan dress..Fuhh. Hatiku telah tertawan u olls. Geram betul. Tak sabar rasanya nak rembat sebarang dua kat kedai. Rambang mata bila aku carik kat google. Semua lawa-lawa. Tak tahu nak pilih yang mana satu..hehe..dasar perempuan sejati betul!  haisssh  (-.-')

satu

Dua

Tiga

Empat

Lima

Enam

Tujuh

Lapan

Sembilan

Sepuluh


Hari tu aku dah pergi servey servey area Kiosk Bertam ni dah. Adalah berkenan kat selai dress ni. Tapinya warna dia warna meroon yang kegelapan tu...Kang kalau aku beli kang, tak menyerlah la pulak..kui kui kui.. Kerjanya nak menyerlah je kan u olls. Diva! Keji tau! (Gaya ala-ala pompuan x pompuan bercakap..LOL).

Oleh kerana dress tu yang macam menarik- tak menarik, aku ingat nak pergi Bukit Mertajamlah esok. Nak pergi servey kalau-kalau ada yang lebih menarik hati, perasaan & menyayat duit..hehe. Lepas hantar kereta kat Juru esok, aku terus nak gerak pergi rumah Cik Puan Nina then angkut dia skali sebagai pengkritik tetap kepada bakal dress aku..keh keh keh.

Kalau koranglah yang nak beli dress tu, korang nak beli yang mana? 

Tolonglah aku. Aku dah rambang mata ni (T.T)




Ohh..lupa nak bagitahu. yang gambar-gambar dress kat atas tadi tu aku ciplak kat sini :


Projek Mega

Assalamualaikum semua...

First, sorry sebab dah lama x update blog. Ada yang tanya aku kenapa lama tak update blog? Bizi sangat ke? Bukan apa, sekarang ni aku sibuk sikit buat satu projek yg ada dalam kepala hotak ni. Macam-macam nak kena pk & macam-macam nak kena handle. Rasanya diri sendiri pun dah macam tak terurus. Makan ntah ke mana, mandi pun kadang-kadang mandi, kadang-kadang skip..kah kah kah. Ok, tak kelakar. Tu memang betul-betul menunjukkan yg aku bizi. T.T

Yang aku katakan projek Mega tu adalah aku baru je tubuhkan Missdicup's shoppe. Mega tak mega sangatlah kan..huhu. Orang lain tu lagi mega giler gempak meletup-letup daripada aku. Aku ni baru nak start bisnes ciput-ciput ayam je..hehe..Tapi, aku percaya rezki ada kat mana-mana Allah dah bagi. Yang penting kita kena usaha lebih sikit, pastu tawakal..  (-.-)'



Missdicup's shoppe ni konsep dia jual barang-barang yang semuanya berasaskan ke-kretif-an kepala hotak kami.  Samada ianya datang dari kepala hotak aku ataupun cik pu..hehe..Untuk kali ni aku kena berkolaberasi dengan cik pu. Sebab? aku manalah pandai bab-bab design-design ni. Aku cuma jadik dia punya penasihat & akauntan tak bertauliah je..hehehe
''(-.-)'' (haruslah gunakan kepakaran pakwe sendiri kan..)

Sekarang ni beberapa barang dah dimasukkan dalam missdicup's shoppe ni. Contohnya macam craft2 items (buttons, car charm -cik dadu, keychain-cik love, dll), benda yg berkaitan dengan blog pun ada, contohnya macam header, banner, watermark dll. Untuk design header / banner / watermark ni, korang boleh request nak design macam mana. Nanti cik pu boleh tolong buatkan..Harga dia pun sangat-sangatlah berpatutan.

Setakat ni barang-barang yang ada taklah banyak sangat. Aku tengah carik lagi stock-stock barang yg boleh dibawak masuk ke Missdicup's shoppe ni. Tapi kalau korang nak buttons tu ada la beberapa pilihan. Harga pun aku rasa murah & sangat sangat berpatutan. Aku tak sampai hati nak letak mahal-mahal. (-.-)'


Tempahan drpd Kak Asmida - car charm (cik dadu) & keychain (cik love)


Salah satu pilihan buttons yg ada


So, kalau korang berminat nak beli apa-apa barangan di atas, takpun nak beli apa-apa benda berkaitan craft tapi tak jumpa, korang bolehlah request kat aku. Jangan malu-malu, jangan segan-segan. Mungkin aku boleh bantu. Kalau berminat, bolehlah tengok-tengok kat :

1) Facebook missdicup's shoppe
2) Blog missdicup's shoppe
3) Email missdicup_o7@yahoo.com.my

Manalah tahu dengan support & pertolongan drpd korang semua, bolehlah aku kumpul duit kawen sikit-sikit dr sekarang kan...hehe.


Thanks korang sebab support aku selama ni. Korang memang rox!

Aku sayang korang!


Bila nak kawen

Assalamualaikum semua & Selamat baru...

Untuk first entry tahun baru ni aku nak gedik-gedik cerita bab kawen-kawen. Biarlah gedik pun. Apa aku nak kesah. LOL. Tapi dunia yang real, aku macam brother-brother tau...taf...bhahaha.

Almaklumlah, aku kan baru balik bercuti & pegi kenduri sepupu rapat aku. Dah dia kawen, aku pun terasa macam nak kawen jugak je. Nasib baik aku bukan lelaki. Kalau tak dah lama aku pegi pinang 2-3 anak dara orang. wakaka..

cet! apa punya merepek da open speech aku.

Ok, selak next page.

Kenduri kali ni aku memang betul-betul terkesan. Mana taknya. Lepas je sepupu rapat aku ni kawen (kak Biha), semua makcik-makcik, pakcik-pakcik aku dah sibuk tanya aku bila nak kawen. Aku dah agak dah. Ni mesti terjadi. Bukan setakat makcik pakcik ayah mak aku pun dah sibuk cakap macam-macam pasal kawen ni. Siap dah plan-plan apa nak buat. nanti buat macam tu, macam ni..haisssh..tension betul..rasa macam nak kawen esoknya je.. T.T



Mungkin faktor aku ngan Kak Biha rapat sangat kot. That's why semua orang tanya. Tapi, kalau nak diikutkan, Kak Biha kawen umur 26 nak masuk 27 ok.. So, aku taklah dikategorikan sebagai umur yang wajib kawen sangat kan..? Umur pun baru 24 nak masuk 25..ada dua tiga tahun lagi la..wakaka..alasan terbaik je kan.




Sekarang ni pun aku tengah pakai inai kat jari. Pergi mana-mana mesti org cakap, "hai jari tengah merah lagi ni"..haisssh...Mana taknya. Dah malam berinai aku dengan Kak Biha je yang ada. Orang lain siap dah terbungkang tidur meleleh air liur lagi. hahaha. Dia siap terlentang terbaring bersedia nak dipakaikan inai. Aku apa lagi, syiok la pakaikan inai kat jari dia. Dengan jari jari aku sekali merah...huhuhu. (>.<)




Jawapan aku kpd soklan-soklan bila nak kawen ke apa. Senang je.

1) InsyaAllah, Klau ada jodoh ada la.. (ni aku jawab time aku baik)
2) InsyaAllah tahun ni. Tp tak tahu lg bila..  (ni time aku rasa bila nak buat gosip diri sendiri..bhahaha)
3) Esok!   (time dah gatai beno dah..wahaha)


Ok, korang bila pulak nak kawen?  Yg dah kawen tu, dok senyap-senyap ye..hahaha!