Berita gumbira

Assalamualaikum & Hai semua..

First,

Status hanging Afiq & kek Sarawaknya dah tak jadik hanging. Dia dah balik lagi awal dari sangkaan. Isnin hari tu dah sampai umah Rawang. Ciss. Aku dah agak dah. Dia ni mesti nak buat unsur-unsur seram & suspen kat aku. Tak jadik balik kunun. Cis cis cis. Tengok-tengok dia yang sampai umah dulu. Awalnya mengalahkan aku yang nak bertunang pulak. Nasib baik tak balik dengan tangan kosong - Ikan terubuk masin sekotak & sebeban kek Sarawak. Fuh! lega...

So, kek Sarawak berstatus tetap -masuk list hantaran.


(bukan gambar sebenar)

Second,

Semalam semalam aku call Puan Emak lagi - nak tanya perkembangan & penguncupan majlis 14 Mac 2011 ni. Puan Emak kata MAYBE sedara mara aku dari pelusuk Malaysia akan datang majlis tu. Wan (Nenek) & Aki (Datuk) aku, maklong, anak-anak & cucu-cucu maklong, makngah & family (makngah tu mestilah ada..Puan Emak..keh keh keh), Mak usu. Pakteh dan orang-orang kampung.. (-_-') Lebih ramai lebih meriah. Lebih ramai lebih berpeluhlah aku nampaknya. I kan pemalu orangnya...kui kui kui (_I_) buntut.

Third,

Puan Emak dah jemput semua ahli-ahli baca Yassin. Tangkas cepat dan laju betul Puan Emak ni buat kerja. Baru hari tu tanya nak ke tak, tahu-tahu aku telepon dia kata dah jemput. Buat kerja mengalahkan PA berbayar. Dan lagi, Puan Emak sarankan kat aku pagi Ahad nanti pergi Pasar Borong Selayang. Boleh carik lauk-lauk, buah-buahan, mana tahu kalau-kalau ada fresh flower. Aku jadik excited & semangat pulak. Benda murah kan, siapa tak suka?

Last But Not Least,

Sekarang ni selera makan aku dah bertambah. Maknanya selera makan aku dah pulang ke pangkuan aku. Mentekedarah dah macam dulu. bukan makan ala-ala merasa je. Alhamdulillah. Tapi aku belum timbang berat lagi. Mintak-mintaklah bertambah hendaknya. Takmaulah orang sekeliling tengok aku dalam keadaan kesian lagi. Aku tak suka. (T_T). Dan aku jugak nak kelihatan gebu masa hari Projek 14 Mac 2011 tu. Aauuww!

(gebu macam kek)



No comments: