As salam & hai semua,
Buat yang tak tahu, sekarang ni aku tengah membela seorang budak kecik. Kecik tak kecik sangatlah, dah form 4 dah pun. Ni effect atas segala masalah family yang aku hadapi sebelum ni. Korang jangan tanya masalah apa, memang aku tak akan bagitahu..heh! Budak kecik tu adalah adik perempuan aku, Nadiah.
Dia dah aku transfer-kan ke sekolah kat sini, iaitu Pulau Pinang. So, disebabkan akulah penjaganya, aku jugaklah mak & ayahnya kat sini. Tiba-tiba terasa diri ini begitu tua untuk menjaga seorang budak kecik..uhuk uhuk!
Selasa hari tu dia dah masuk sekolah. Aku pun hari-hari dah start ambik masa pergi & balik sekolah. Even kereta takde aku akan usahakan. Samada pinjam kereta Teah, mahupun tumpang kereta kawan-kawan lab. Semalam kesian kat dia, aku dah terhantar lambat. Rasa bersalah pulak kat dia. Terasa diri ini belum sempurna untuk menjadi seorang penjaga yang bertanggungjawab..huhu!
Bila time makan, even duit tinggal ciput pun mesti ada perasaan nak adakan jugak makanan untuk dia makan. Biar aku tak makan, asalkan dia kenyang & dapat belajar dengan selesa & perut tak kosong. Agaknya macam nilah perasaan mak & ayah kita kan. Cuma kadang-kadang kita tak faham & tak tahu. Sebab? mak ayah kita tak pernah nak cerita benda tu semua kat kita..kan?
Dalam perjalanan balik dari hantar budak kecik tu tadi, aku terfikir. Kenapalah selama ni aku boleh argue dengan mak ayah aku even dia dah bagi segala-galanya. Kenapa aku selalu memberontak even dorang dah buat yang terbaik untuk aku. Air mata pun mudah je jatuh. Ntah la, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin masih belum matang lagi agaknya pada masa tu..kan?
Apa-apa pun lepas ni aku taknak dah bagi layanan buruk kat mak ayah aku. Dan aku akan buat the best untuk si budak kecik tu. Biarlah apa orang nak cakap, aku dah tak kisah. Biarlah kadang-kadang tu aku rasa susah sikit, biarlah aku berkorban. Aku tak kisah, asalkan budak kecik tu berjaya menjadi seorang yang berguna satu masa nanti. Aku nak buktikan pada semua orang. Aku nak mak ayah aku bangga dapat anak-anak yang berjaya & berguna pada agama, bangsa & negara, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment