As salam & Hai semua,
Minggu sibuk dengan hari-hari yang sibuk. Semua orang pun sibuk termasuk aku, Cik Pu dan staff IPPT. Semua ni gara2 Hari Karnival IPPT yang akan dilangsungkan Sabtu, Ahad & Isnin ni. Untuk ADL (Advanced Diagnostic Lab.) sendiri, kami ada macam-macam benda nak buat. Cakap je apa? Semua ada.
Streamers? Poster? Brochure? Questionnaire? Doorgift? Video klip? Cakap je apa nak? semua ada. Aku pulak diberi tugas "berkomunikasi" dengan org Grafik. Cet! Kunun2 guna kabel la tu? HUAHUAHUA. Last-last aku yang tension dengar Cik Pu membebel. Dia kata dalam banyak2 customer IPPT, customer dari Lab la yg PALING CEREWET terutama aku. Cis! Cis!
Lagi-lagi time-time macam ni En. Zul takde. Pergi Haji. Lagilah bizi. Macam-macam kerja kena handle. HUAHUAHUA. Company lak dok ulang alik nak jumpa aku hantar quotation. Padahal alatan2 tu tak tentu lagi kewangan lepas ke tidak. HUAHUAHUA. Lantak korang la heh. Quotation korang aku lambakkan kat tepi dulu, nanti dah konfirm lulus, aku tengok..HAHAHA.
Lagi 1 al-kisah berkenaan Karnival IPPT ni, pasal MASKOT. Ye..anda tak salah baca. Betul, ini berkaitan MASKOT again and again. Sekali lagi aku "diundang" untuk pakai maskot masa hari karnival tersebut. Ye kawan-kawan...Cik Wan dah risik-risik aku untuk pakai maskot tu nanti. Maknanya aku akan berpanas sekali lagi. Dan mungkin sejarah MAC 2010 akan berulang..WAHAHA. Kali ni, sape pulak nak jatuh cinta dengan maskot selepas Cik Pu?
No comments:
Post a Comment