Dah beberapa hari aku tak menulis sesuatu kan? Ok, malam ni aku bersiaran dari ofis Cik Pu..Ye, malam ni kami terpaksa ber-overtime. Baru nak pulun isi SKT & LPP yang duedate-nya lusa. Ye, lusa ye kawan-kawan. Nasib baik Ofis Cik Pu ni dekat dengan rumah, ada iMAC, ada aircond, ada kerusi empuk, ada keyboard putih tapi dah jadi kelabu sikit..keh keh keh. Tak baik. Tak baik. Ni pun dah cukup baik aku dapat tumpang..
Aku mintak maaf sebab tak dapat nak lunaskan lagi beberapa siri penceritaan kahwin aku buat masa ni. Sekarang ni betul-betul bizi. (tulis blog tak bizi pulak kau kan?) Selagi majlis belah lelaki tak selesai, aku rasa banyak lagi benda yang nak kena buat, walaupun sebenarnya tak banyak kerja pun yang aku buat. HAHA. Cuma macam Sabtu & Ahad lepas, mungkin sibok sikit jelah. Balik Alor Setar mengecat rumah Cik Pu. Habis satu rumah dicatnya..HAHA. Semangat sungguh! Sampai orang panggil makan pun takmau pergi. HAHA. Depan Keluarga Mertua kan..haruslah rajin..HAHA (-_-‘)
Selain tu, kami sama je macam pasangan baru kahwin yang lain. Dah tinggal sebumbung, macam-macam perkara dah buat bersama. Makan sama-sama, solat sama-sama (tapi minggu ni Cik Pu solat sorang-sorang..HEHE), tidur sama-sama, masak sama-sama, semua sama-sama. Bercakap pasal makan sama-sama, aku suka sangat. Sebab? Sekarang ni aku dah start rajin masak macam dulu-dulu. Cuma kadang-kadang je makan kat luar, tu pun time ada pasar malam & time nak keluar :) Cik Pu lebih suka makan kat rumah dari makan kat luar. Tapi lagi best, time lunch hari kerja. Sekarang ni setiap kali lunch, aku & Cik Pu akan balik rumah makan sama-sama. Yang seronoknya bila aku dah sampai rumah, tengok-tengok nasik dah masak, lauk2 dah dipanaskan. Rasa sejuk je hati :)
Ada satu hari tu, time kerja. Tiba-tiba hujan, tapi aku tak sedar. Maklumlah orang kerja duduk dalam bangunan kebal, mana nak dengar bunyik hujan-hujan ni kan. Cik Pu mesej cakap hujan. Then aku teringat pasal baju yang aku jemur sebelum pergi kerja tu. Tup-tup Cik Pu kata dia dah selamat balik dari rumah angkat semua baju2 tu..hai la..Rasa tersentuh la pulak hati. Kalau harapkan akulah, rasanya basah kuyup dah baju-baju tu tak berangkat..HUAHUA. Tulah kan, walaupun kadang2 tu bendanya kecik je yang dia buat, tapi terasa macam....hmm..entahlah. Susah nak cakap. Terharu. T_T
Ya Allah,
Kau peliharalah hubungan ini Ya Allah. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat dan hingga ia sampai ke syurgaMu Ya Allah. Kau limpahilah kasih sayang yang tak terhingga kepada kami, Kau berilah keberkatan dan rahmatMu dalam kami melayari bahtera rumahtangga kami. Kau kurniakanlah anak-anak yang soleh dan mentaati segala perintahMu Ya Allah Ya Tuhan kami.
Abang,
Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana sudi menyunting saya menjadi suri hati abang. Semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat & hingga ke syurga. Saya minta maaf kalau selama saya jadi isteri abang, saya belum menjadi isteri yang sempurna.
:) tetiba terjiwang pulak uoools!
3 comments:
wowo.. yg penting tolak ansur.. doa byk2.. selamat pegantin baru kak.. bl anak sy nak dpt geng nie? kihkih
Owh.. Bkn beberapa hari xmenulis.. Hampir sebulan beb.. Huhu.. Aku tgu ko.. Hahaha
Fiza : Ye, apa yang penting? Kerjasama!
Kami tengah berusaha ni..hehe
Aimi : Thanks Aimi..baca blog aku..walaupun isinya bukan bahan ilmiah..kekeke
Post a Comment