Kg.com


Hai semua,

Petang tadi Azie si rumate PJJ aku pergi shopping kat QB dengan kawan-kawan dia. Pastu balik2 tu dia bagi pretzel Auntie Anne kat aku. Pretzel ni macam roti. Rasa dia manis2 tapi tak oversweet. First time aku rasa - sedap jugak. Mula-mula dia bagi tu terkejut aku. Apa-kebenda-nya-lah ni. Lagi-lagi time dia terus sebut 'pretzel', bukan 'roti'. Lagilah aku nganga blur sungguh. Serius weh, benda ala2 macam ke-bandaran sikit ni memang aku lambat nak tangkap. (-_-')





Oh, teringat masa dulu. Masa zaman-zaman remaja muda belia tu. Rumah aku kan dulu kat Ampang tapi aku sekolah asrama kat N9. Kawan-kawan kat sekolah selalu macam tak percaya aku ni budak bandar (KL la kunun). Yelah, kata duduk area bandar, benda advances sikit pun aku dah tercengang kehairanan.

Stylo? Lagilah jauh dari aku. HAHA. Masa tu biasalah kan, aku. Dengan tak bergayanya. Dengan selebetnya. Pakai sluar tract + tshirt + seliper jamban pun boleh sampai KL. Masa tu memang takde perasaan langsung nak melawa. (sekarang pun. huahua!)

Ingat lagi masa kat UiTM dulu. Masa first sem masuk dip. Budak kelas aku pun selalu heran. Tak percaya aku tinggal area situ. Yang mana masa dip tu kitorang duduk Jalan Klang Lama, yang tak jauh dari rumah aku - Rawang. Sebabnya? Oh malu. Ada sekali tu. Aku nak beli pc kat KLCC. Masa tu ada promosi apantah. Then aku join la 5-6 orang budak lelaki kelas aku, which is masa tu diorang pun memang nak pergi sana.

Aku ni jenis kalau dah tahu nak beli sesuatu, siapkan duit awal2. Nanti takdelah baru nak terkial-kial cash-out duit bagai kat sana kan. Then, masa tu aku ada lebih kurang RM2.5k dalam poket. Sorang classmate aku (EL nama dia) terkejut gila bila mula-mula jumpa aku. Dengan pakai seluar trakshoot-nya, tshirt, seliper jamban nak pergi KLCC. Tapi duit berkepok dalam poket. HAHA. Mau tahulah kan. Terasa macam "Apek-apek" pun ada. wkwkwkw.

Dan balik je dari peristiwa pergi KLCC tu, diorang terus panggil2 aku budak kampung. HAHA. Tapi aku mengiakan je. Biarlah. Memang aku budak kampung pun. Kampung Jerantut. Banyak benda yang advances2 aku tak tahu. Macam makcik-makcik je kan. Tapi, ada aku kesah?. Sebab? Aku rasa tak menyusahkan orang pun kan. So, what's your problem Bro?



.Pinky Lady.


Comments

wanawani said…
haha..xkan kulupa peristiwa beli pc tuh kak dic..u mmg marbeles!
missdicup said…
hahaha...siot je korang..gelak2kan aku. Tapi takpe, aku redha..hehe