Iftar bersama kawan2 (Part 1)


Assalamualaikum semua,

Sebenarnya Majlis Iftar bersama kawan2 ni dah lama berlalu, yakni Jumaat & sabtu yang lepas. tapi, saja aku peram biar jadik pekasam..hehe. Salahkan Cik Pu kerana setiap kali aku mintak gambar dia bagi macam2 alasan. (Raya ni saya baru mintak maaf ye abg..hehe). Ramadhan tahun ni upacara Iftar kami ada 2 sesi - satu sesi belah aku dan satu sesi lagi belah Cik Pu. So, makan pun puas hatilah kan. Ada 2 tempat yang berlainan untuk di-try dan di-compare.

Iftar sesi belah aku bersama2 labmate. Tempat : Reez Buffet Steamboat and Grill, Sungai Petani. Hari Jumaat hari tu. Lebih kurang 13 orang kami termasuk spouse dan anak2 mereka. (Anak2 aku masih ada dalam perut..haha). Mostly makanan2 kat sana boleh dikategorikan rare la bagi aku. Yelah, aku mana pernah jumpa siput buluh. Apa lagi, bedallah sampai kenyang. Cendawan2 dorang pun banyak jenis, ada bulat2, panjang2, hitam2, putih2, jenuh nak makan. Harga pun boleh tahan - hanya RM23.90 / head bagi dewasa. Kanak2 free. Makanlah dikau sampai pukul berapa pun yang dikau nak. Makanan pun banyak pilihan - ada 90 jenis kesemuanya. Siap ada daging kambing bakar fresh2 lagi. :)

Nak tahu lebih lanjut? sila pergi reezbuffetsteamboatandgrill.blogspot.com
atau call : 04-4412841 / 019 4914709


4 dah berfamily + 2 orang masih bujang  :)


Pizet dan family...bakau jangan tak bakau... :D


Pemakan daging kambing bakar tegar...hehe


bluuurrp...selepas makan. Perut masing2 dah ke depan..hehe


Sisa-sisa penghabisan



Ok, Iftar sesi belah Cik Pu kita pergi Part 2 pulak la ek. Panjang sangat pulak dah entry ni.. :D



Comments