Kejadian 26.11.12


Assalamualaikum semua,

Sekarang ni aku tengah bersiaran kat rumah Puan Emak & Encik Ayah yang menetap kat Rawang. (Padahal sebelum ni pun bersiaran kat Rawang jugak..hehe). Kondisi aku adalah tengah menghilangkan penat lelah setelah balik dari Klinik Paed Hospital Selayang. Alhamdulillah, Irdina Zara dah bebas dari segala penyakit bernama kuning. Makanya hari ni hari last dia ada appointment kat sana. Lepas ni dah tak payah la nak berulang alik ke Hosp Selayang lagi. Berat dia pun dah bertambah, dah jadik 3.42 kg, Alhamdulillah, dalam sebulan dah naik sekilo lebih..lebih kurang berat sekampit gula...hehe

Budak lahir 37 weeks dah jadik bambam :P



Mungkin hari ni hari baik bagi kami bertiga kot?

Hehe.

Kenapa? kenapa?

Yeah..kerana...

Lagi satu kejadian yang best adalah hari ni Anniversary Aku & Cik Pu yang pertama. Kan aku sekarang ni sibok sikit nak menguruskan anak, so takde masa sangat la nak carik-carik hadiah bagai nak buat surprise. Dan aku ingatkan Cik Pu pun macam tu jugak. Entah ingat entah tidak dia tu anniversary kami..huhu (T_T)

Rupa-rupanya........

Dia yang buat surprise kat aku..haish!

Semalam, sebelum dia nak gerak balik Penang balik, dia tolong kemas-kemaskan bilik tidur kami, read : nak tengok apa lagi barang nak dibawak balik. (nampak sangat aku tak sempat nak kemas..hehe). So, aku tak tahu menahu la apa yang berlaku dalam bilik tu, sampai la malam tadi..dia call mintak tolong tengokkan barang dia kat dalam bilik tu.

Puas jugak la aku menengok atas bawah katil barang apa yang tertinggal...sekali....ceh!

Kita spot pada plastik tu sahaja ye..Bantal busuk sila abaikan..hehe


Hadiah siap custom made card lagi...u...terharu I... (-_-;)


Kita zoom sikit kad tu...hehehe  :)


Sekali, bila bukak-bukak pembalut hadiah........Oh my LV! 


Terima kasih abang atas segala2-nya..
Semoga perkahwinan kita berkekalan hingga ke syurga, InsyaAllah.. =D
I love u abang!

I love LV too...keh keh keh


2 comments:

abah irdina SOLEH said...

cantik kan i balut..lalala

missdicup said...

cantik sangaaaaaaat!

(tangan di bahu, mata ke atas..hehe)