Setelah beberapa hari menjadi suri rumah sepenuh masa....
lebih kurang 5 hari termasuk cuti sabtu & ahad, el isnin & selasa, plus sehari cuti wesak day
tibalah masa untuk kita bekerja semula hari ni..
*yawnnn*
....
Hari tu aku el bersebab..
Mula-mula Ahad tu, Irdina demam plus batuk plus selsema..
*yawnnn*
....
Hari tu aku el bersebab..
Mula-mula Ahad tu, Irdina demam plus batuk plus selsema..
Irdina ni..kalau dah sakit memang taknak ngan orang lain..
Nak mengempeng dengan aku je..
Pengasuh datang melawat pun dia buat tak tahu je..
Lagi peluk taknak lepas aku lagi ada..
.....
Demam dia melarat sampai isnin..
Dan tetiba isnin malamnya tu (around 2.30 am), dia gatal...as usual, akan suruh aku garuk..
Semakin lama..semakin banyak pulak tempat gatalnya..
Sekali......bukak lampu...hah kau!
Penuh bahagian perut dia naik merah macam gigit nyamuk, tapi besar-besar..
Aku & Cik Pu cuak la jugak..
Takut sangat kalau alergik ubat ke hapa..
Tak tahu nak buat apa..nak tido pun dia tak nak..
Asik la mengaruk dan menangis..
Kami terus bawak p HKB pukul 5.00 paginya tu..
Dr kata dia kena "Urticaria" ataupun orang utara panggil "Kelopak garam"..
Apa tu?
Tak pernah dengar pun..
T_T
*sedih sangat kau kannn....kelopak garam pun tak tahu*
Mak mertua aku kata...ludah hantu...
errrrrrr....?
Dan solution-nya..mak suruh letak bedak sejuk gamat..
Tak payah nak pergi sampai Langkawi.....farmasi Bertam pun ada jual..
^_^
Senang cerita...dah tak gatal dah..
Tapi....dia geli la pulakkkk
Walaupun sakit....sakat abah memang hobi dia...
......
Dan hari rabunya...kelopak garam Irdina semakin hilang..
Tapi, masih ada baki-baki yang baru nak tumbuh kat muka & kepala..
Bila dah baik.....
Vrooooom vrooom vrommmm
No comments:
Post a Comment