Rombongan Langkawi Day1


Oleh kerana kepala hotak aku ni tegah berpinar dan stress pasal fyp,..(read fyp: final year project)

Dan Cik Pu pun tak balik lagi dari main badminton..

marilah kita berjemaah me-release tension dengan cara mengenang kembali pasal percutian tak percutian ke langkawi kami hari tu.

Kau nak ke tak,..aku tak kira..

layankan jugak! 

 *(muahaha...kejam)*


.......

Seperti dalam entry lepas, mungkin korang dah tahu sikit-sikit kan...

kami ke Langkawi hari tu ikut rombongan cik kiah engeneering merangkap kawan-kawan Cik Pu.

So, percutian ini adalah tajaan penuh dari Cik Pu dan mungkin sedikit sponsor kelab yang kita tak tahu.

So...kos yang dikenakan untuk penginapan 3 hari 2 malam di Chenang Rest House, termasuk kenderaan di Langkawi dan makan sarapan nasik lemak setiap pagi adalah sebanyak rm60 seorang - dewasa. 
Total = RM120

Oleh kerana Cik Pu malas nak bawak kereta sampai ke Jeti Kuala Kedah dan memikirkan kos parking dan macam-macam hal keselamatan pasal kereta, kami decide naik Bas yang disediakan mereka.

So, kos pergi dan balik dari kepala batas ke Jeti Kuala Kedah untuk sorang dewasa RM 30. 
Total = RM 60

Tambang Feri returns seorang dewasa = RM 45
Total = RM 90

......

Sebenarnya...decision join rombongan ni dibuat last minit..

Pastu..aku pun starting dah rasa macam tak sedap hati nak p..

Yelah..dengan keadaan wan yang tenat...

dengan keadaan Irdina Zara yang sebelum tu dah start cirit kat rumah pengasuh..

Rasa macam....berat hati nak pergi..

Tapi, memandangkan kami dah booked dan tak boleh nak tarik diri last minit, aku ikutkan jugaklahhh

mungkin ni antara ujian yang Allah nak bagi yang kami boleh hadapi?

manalah tahu kannnn... :)

......

So, pergilah kami ke Langkawi....

walaupun sepanjang perjalanan pergi balik langkawi tu Irdina Zara cirit birit...

penat...jangan cakaplah...sebagai parent memang penat la..

fobia tak kira lagi..

Aku rasa, Irdina Zara pun mesti lagi penattt dan stress kot time tu?

huhu




Masa kat dalam Feri tu...kejadian yang sangat-sangat tak diingini berlaku

Irdina Zara muntah

Tapi masa tu Cik Pu tengah dukung dia bawak jalan-jalan dalam feri (masa tu dorang kat bahagian belakang feri)

Cik Pu kata....nasib baik dia tak muntah atas orang..

Kesian dia...sampai lembik

Nasib baik kami dah ready tuala dan baju spare kat beg sandang..

kalau tak..terpaksalah mengagau dalam luggage yang dah diletakkan bertimpa-timpa tu..

huhu

....

Sampai je Langkawi, terus landing dan rehat dalam bilik serehat-rehatnya kami 3 beranak...

Orang lain mungkin dah sampai cable car dah time tu..

Cik Pu kata...takpelah...kita dah pernah pergi sana...

So, kami rest serestnya seharian...

Biar Irdina Zara dapat tenaga sikit...



Dan petang-petang tu, kami keluar ke pantai...

cuci mata tengok pemandangan indah katanya...



baru nak rasa anak dara sikit.....sekaliiiiiiii

Irdina cirit kat belakang tadbir...

terkocoh-kocoh kitorang berlari ke bilik nak salin seluar dia...

bau dia...kau jangan cakaplah kannn...semerbak!

Tu yang berselera je aku makan burger tu...



No comments: