Borak kosong


Setelah lama tak bersiaran.....hari ni aku bersiaran balik. Tuan tanah kedaung blog ni dah tengelam timbul tengelam timbul. Serupa ikan tak cukup oksigen pulak, sekejap ada sekejap takde. :P Maafkan hamba, hamba memang dah kepingin sangat nak menaip, mencari masa yang sesuai untuk berblog, tapi apakan daya, kekangan masa dan jugak ruang.

So, post pembukaan ni kita borak-borak kosong dululah eh. Borak secara rambang-rambang. Sebab rasanya, lepas ni maybe aku akan post entry pasai progress ruang tamu (mungkin?) atau bilik ketiga (mungkin?). Tengoklah mana-mana yang aku rasa aku nak up, aku up.

Alhamdulillah, rezeki tahun baru ni memang sangat-sangat banyak. Stress menjadi pelajar dah takde, boleh tumpukan pada kehidupan normal bersama suami dan anak-anak tersayang (kahkahkah : ayat cliche gila!). Pastu kat tempat kerja pun dah tak berapa stress nak kena kejar dateline dokumen-dokumen ISO bagai, so tumpu pada buat sample sajalah. Dan, tahun ni cuti kerja ada banyakkkkkk lagi. Yelah, cuti maternity leave dah 3 bulan, pastu sambung kerja, tak cuti-cuti sampailah anak-anak baru ni dilanda demam...terus el 4 hari kau! So lepas ni bila adik Luth dah besar-besar sikit, bolehlah plan berjalan-jalan (kot? : kena tanya big bos dulu)

Pastu...apa lagi nak borak? hmmm...ok kot..tu je la setakat ni.
Nanti aku update lagi eh.
Bye!

No comments: