sesuatu

fuh fuh fuh 

malam ni sesi mengelap blog yang kian usang dan uzur..

(bukan macam tuan blog ok..tuan blog masih steady...hahaha)

Macam nilah gamaknya blogger suam-suam kuku, dah macam biskut chipsmore.

Sekejap ada, sekejap takde..now you see, now you don't.




Lama gilaaaaa aku tak menulis apa-apa kat sini..

Patutlah rasa macam ada ruang-ruang kesepian dalam diri yang tak tahu nak benamkan kat mana 

(kahkahkah..drama sangat kauuuu)

Tapi, seriously..bila satu masa tempoh yang agak lamaaaa tak menulis kat blog, rasa macam hilang sesuatu..

dan kau merindukan sesuatu tu..

tapi bila kau nak buat benda untuk melepaskan rindu kau yang sesuatu tu, tapi kau tak mampu sebab ketandusan masa dan tenaga...terpaksalah kau pilih mana yang lebih utama. 

Yang pasti sesuatu utama tu adalah bukan menulis blog.




Dulu....masa sebelum ada komitmen pjj, kahwin dan beranak dan beranak (beranak kena mention 2x), kat sinilah tempatnya aku meluahkan apa-apa.

Baik sesuatu yang buruk mahupun sesuatu yang jahat.

Ohhh..tak..silap silap

Selain kat blog ni, ada satu lagi tempat...kat buku diari

Tapi...tu duluuuuulah

Sekarang buku diari tu pun ntah ke mana

Kalau satu hari nanti jumpa balik buku diari tu, mesti rasa macam malu nak baca...hahaha

(Ya Allah...tolonglah jangan Cik Pu yang terjumpa buku diari tu..mau pitam dia...hahaha)




Duluuuuuu mana ada group whatsapp, telegram, instagram, facebook bagai ni

Sekarang ni bukan main..

Kalau ada apa-apa je terus update kat insta, terus link kat fb, terus whatsapp kat group bagitahu itu ini...last-last blog sunyi sepi.

Dan bila aku hanya sempat baca blog dan jadi pembaca setia blog orang lain, rasa rindu tu datang semula nak menulis.






hoih! punyalah susah nak karang ayat.....senang cerita, aku dan blog memang sesuatu sangat!  

tu je :P


Comments