Disebabkan anak-anak dah habis exam akhir tahun,
dan kakak Irdina pun PBM (Pulang Bermalam Mingguan) dari asrama minggu ni,
marilah masuk kelas kemahiran hidup ibu abah pulak - pi kemas rumah sewa :)
Tapi, minta maaf kali ni ibu tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan
(ibu sakit tekak, sakit pinggang, etc)
So, ibu hantar wakil jelah :p
So, here u go! Abah bawak anak-anak ke rumah sewa Pangsapuri Idaman
Sekali jalan ada bakal penyewa nak tengok dan masuk bilik terus
Sebenarnya ni bukan kali pertama anak-anak pi kemas rumah sewa, banyak kali dah
Diorang pun dah tahu apa nak kena buat..
Tapi disebabkan exam dan sibuk dengan aktiviti mingguan yang lain, lama dah anak-anak tak join
Lagipun kadang-kadang kami upah orang untuk kemas dan bersihkan rumah sewa ni
Sebelum kerahan tenaga, kita kasi upah makan dulu :p


Ni antara aktiviti-aktivitinya..bersihkan bilik air, kemas ruang tamu, buang sampah ke tong besar
Rumah ni kami tak sewakan satu rumah, tapi kami sewakan per bilik
So mudahlah bila-bila kami nak singgah dan kemas rumah ni
Dan rumah ni disewakan kepada penyewa lelaki bujang sahaja
So, kalau ada sesiapa yang tengah mencari bilik sewa, boleh scan atau contact nombor yang tertera
Rumah sewa kami ni area depan Politeknik Seberang Perai atau McD Perda (Pulau Pinang)
InsyaAllah, owner rumah ni handsome dan baik hati (Cik Pu)
Kalau jumpa ahkak, tak berapa baik (sebab garang) tapi cantik tu ada InsyaAllah...
hahaha!
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment