Selama hampir 30+ tahun (umur dirahsiakan :p ) hidup ni tak pernah tahu pun ada Hari Lelaki Sedunia
Lawak pulak tetiba dalam group lab kami ada yang post wish
Oh, ada ek? hahaha!
Diorang pun nak jugerkkkk
Kalau dah ada, kita layankan jelah
Selamat Hari Lelaki buat lelaki dalam keluarga kecilku..
First, buat suamiku, Cik PU
Terima kasih yang tak terhingga atas kasih sayang yang tak berbelah bagi ikhlas kepada kami
Terima kasih kerana selalu "sediakan makanan atas meja"
Terima kasih kerana selalu melayan kerenah dan annoying kami :p
Dan terima kasih atas budi baik selama kita berkeluarga
Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat
Dan diperluaskan lagi rezekimu
Kami sayang abah!
Second, buat anak lelakiku, Luth Zafran
Terima kasih kerana bagi ibu pengalaman menjadi ibu kepada anak ke-2
Jadilah anak yang soleh, baik hati dan bijaksana
Dan dapat menjaga kami di hari yang akan datang, InsyaAllah
Semoga terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya,
memainkan peranan penting sebagai seorang lelaki dalam kehidupan seharian kalian,
Semoga terus kuat memimpin dengan hikmah, lembut dalam tutur kata dan teguh dalam prinsip,
Semoga masa hadapan kalian dipenuhi dengan keberkatan, kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa,
Teruslah menjadi lelaki versi terbaik!
No comments:
Post a Comment