Setelah 8 tahun, aku kembali!

Hi semua,
Assalamualaikum!

Setelah lebih kurang 8 tahun tak menulis di sini, hari ni aku kembali..

Masih ada lagi ke yang baca blog Coklethitam ni ek?

Lahhhhh tiberrrr nak tanya 👅 hahaha

Adakah aku, lepas aku, aku lagi yang baca blog ni untuk mengamit kenangan? hahaha


........

Setelah 8 tahun, macam-macam yang dah berlaku, macam-macam dah berubah.

Alhamdulillah, umur pun dah masuk ke hujung 30 series (ok, nangis)

Anak pun bertambah..last update blog masih anak dua orang, sekarang nak masuk empat (InsyaAllah)

Dari diploma, aku dah berjaya mendapatkan segulung Sarjana..

Kalau dulu berkira-kira nak beli rumah, sekarang dah ada beberapa rumah dan disewakan..

Dan beberapa lagi wishlist & pencapaian yang dah unlock

Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah swt kurniakan ke atas diriku dan keluargaku

Dan aku masih di sini, seperti dulu.

Masih bekerja di tempat yang mula-mula aku kerja dulu, hampir 16 tahun lamanya.

Masih setia..hihi..tapi most of the time berkira-kira nak pencen awal..haha (InsyaAllah)

Banyak benda nak di-jurnalkan, tapi tak tertulis dek kerana masa yang tak mengizinkan

Sebenarnya dah lama aku rindu dan berkira-kira nak kembali menulis di sini

Ni pun jenuh nak sign-in balik blog ni..pakai email lama dah lupa password..haha!

Nasib baik dapat retrieved balik...syukurrrr!

Maybe post lepas ni (InsyaAllah kalau rajin) aku boleh trobek kisah-kisah sebelum ni..

Sebenarnya seronok dapat menulis semula, macam jumpa kawan lama

Macam reunion gittew feeling dia..tanpa judgmental! 

Dan tanpa perasaan malu-malu jugak..haha!

Ok la, rasanya setakat ni dulu...

InsyaAllah ada masa, aku kembali lagi di sini!

Terimalah update terbaru daripada kami :)





Salam sayang,

No comments: