Petang tadi aku ada appointment jumpa Dr kat KK (Klinik Kesihatan)
Hari ni masuk 23 weeks 5 hari..almost 24 weeks
Sedikit frust sebab ingatkan bila appointment jumpa Dr ni, Dr akan scan baby dalam perut
Rupanya tidak ya hari ni..huhu
Aku ada banyakkk soalan nak tanya kalau dia scan tadi
Baby ok ke?
Apa gender baby?
Placenta saya masih lower lagi ke?
.....
Ye...saat ni aku masih tak pasti gender baby
Nak beli barang baby pun serba salah
Tapi firasat aku & anak-anak yang lain mengatakan baby kali ni lelaki
Tak tahulah betul ke tidak
Nak tak nak, kita tunggulah nanti minggu depan detail scan & scan 5D yang aku dah booking kat klinik swasta
Masalahnya...bila tadi dia tak scan, apa je yang dia check?
Dia check result FBC & urine FEME yang aku dah siap buat kat lab
Result FBC dah alhamdulillah, improved...dari 10.6 ---> 11.4
Result Urine FEME tadi yang lain semua negative kecuali protein ada "trace"
Saja aku tak repeat kat lab sebab nak tengok apa kata Dr
Sekali, dia suruh aku minum air masak banyak dan repeat urine FEME
Dan, ofkoslah result lepas tu cantik...semua negative
Lepas tu, dia soh aku duduk luar bilik sebab dia nak taip rekod dalam sistem
????
Jumpa dia duduk dalam bilik tu tak sampai 3 minit pun
Lebih baik aku review result kat lab je petang ni..takyah pi KK..aduhh
Aku siap tanya.. "Dr tak scan ke hari ni?"
"Oh tak..hari ni takde scan..."
Aduhh..kita bukan takde keja nak pergi saja-saja macam ni
Frust betul rasa!
......
Bagi meredakan ke-frust-an aku, aku ajak Cik PU ke Affin Bank
Aku nak survey dan recce pasai Fixed Deposit (FD)
Masa kat bank tu, aku borak dengan banker Chinese ni...
dia kata FD tak boleh lawan dividen ASB,
sebab FD memang sikit je dividen dia berbanding ASB
Tapi orang Cina tak boleh beli ASB sebab hanya untuk bumiputera,
Diorang nak beli ASM pun ada kuota dan kena tunggu bila dia bukak je
so diorang melabur buat FD laa..
So, aku pun buat keputusan tak jadilah melabur dalam FD..hihi
Lepas pi Affin Bank tu, aku ajak Cik Pu pi kedai baby baru bukak
Saja nak survey-survey harga barang
Ada barang yang harga lebih kurang Shoppe, aku beli
Sempatlah rembat...
sabun basuh baju baby, sabun basuh botol, pampers tambah 1 pack lagi, tuala baby, dan lain-lain benda kecik-kecik
Kedai ni 2 tingkat..ada jual macam-macam
Brand botol susu yang best-best pun ada jual..tapi harga Shoppe lagi murah laa
Lepas tu aku ajak menyinggah Family Mart yang jugak baru bukak kat area sini
Ada tempat makan lagi dalam kafe dia
Dahlah bukak dari pukul 7.00 pagi sampai 1.00 pagi
Cik PU kata kalau malam-malam lapar, bolehlah datang sini..
chuiiiih! yo yo oh je mamat tu...
hahaha!
No comments:
Post a Comment