Sempena hari ni sekolah Luth cuti peristiwa Hari Anugerah Kecemerlangan,
marilah aku bawak dia ke klinik gigi kat tempat aku kerja ni
Kesian kawan..baru nak chill chill di hari cuti, sekaliiiii kena cabut gigi
kah kah kah
Tapi, sebelum acara cabut gigi, haruslah kita bagi dia makan sedap-sedap dulu..
Maklumlah, lepas cabut gigi kang kot terkurang selera makan ke apa kan..hehe
Rupanya tidak yaa..sama je berselera macam takde apa yang berlaku
Gigi Luth ni lain sikit versi dia dengan kakak Irdina
Kalau kakak Irdina duluuu, senang-senang je aku boleh cabut sendiri kat rumah dengan berbekalkan tisu dan jari jemari lembut aku..hahaha!
Tapi dengan gigi Luth ni tak boleh ya..
Dia punya struktur gigi susu tu masih utuh dan kukuh kat gusi
Tak bergoyang langsung
Padahal gigi kekal dah membesar kat belakang gigi susu dia tu
Dan bila setiap kali cabut, gigi dia akan keluar sebijik yang panjang
Bak kata Dentist tadi, gigi kekal dia tumbuh belakang dari gigi susu dia
Kalau biasa orang lain, gigi kekal akan tumbuh kacau gigi susu, tu yang gigi susu akan goyang dan longgar
Dan senanglah nak cabut
Hat ni tak...dia lain sikit
Hmmm..
Dan lagi satu, setiap kali nak cabut gigi, Dentist kat sini akan suggest untuk cucuk bius lokal dulu kat gusi sebelum cabut
Dan setiap kali tu la Luth akan request supaya cabut tanpa cucuk bius, hanya sapu je bius topikal (gel/krim)
Dan setiap kali tu laaa Dentist akan "terkagum" dengan si Luth ni sebab tahan sakit cabut gigi tanpa bius lokal
Bila tanya Luth sendiri, kanapa taknak cucuk bius lokal?
Dia kata, "cucuk bius tu lagi sakit dari cabut gigi, sebab dia cucuk kat gusi"
Ohh ada logiknya jugak..hehe
Ni picture masa dia cabut gigi sebelum sebelum ni
Kalau ikutkan, memang ada 2 gigi yang bertindih
Tapi Dentist suggest cabut 1 dulu...then bila-bila mai cabut sekali lagi
Kang cabut dua-dua kesian pulak dia nak tahan sakit tanpa bius lokal kan
So, 1 gigi lagi tu inilah harinyaaaaa..haha
Nasib baiklah tak ramai patients hari ni..dapatlah turn jumpa Dentist
Kalau si Luth tak cuti, payah nau nak cutikan dia semata-mata nak cabut gigi
.....
Then, tadi Dentist suggest untuk monitor gigi dia lagi 6 bulan
Kalau gigi kekal tak gerak ke depan secara natural, maybe kena dapatkan konsultan untuk braces pulak
alaaaa masakkkkkkkk!
No comments:
Post a Comment