1 hari banyak destinasi

Classification :
oh..semalam semalam kan cuti..aku telah memenatkan kaki sendiri untuk berjalan jalan cuci mata. Sementelah cik pu menjadi mangsa banjir dan pulang ke kampung halamannya..Pakwenya susah susah, makwenya bersenang lenang..heh heh heh!  Apa boleh buat..aku dah offer diri nak tolong, dia jual mahal. Aku lagilah no hal!  heh heh heh!

Hari sabtu

1) Kilang PPH design & painting



misi ke sini : mencari paper bag untuk majlis bekwoh cik Ajar.
kejadian yang berlaku : kami (aku, cik ajar dan najwan) telah menipu sunat sedikit sebanyak kat staf staf diorang. heh heh heh. kami katakan yang paper bag ni nak buat doorgift untuk event kami..event "kami" lah sangat..padahal cik aja yang "muka kebudak budakkan" tu nak kawen..hahaha!
hasil : paper bag yang sangat murah! puas hati! Lain kali, kalau nak buat event "kami" lagi, boleh datang sini.


2) Queensbay


misi kedatangan kami ke sini : mencarik segala macam barang barang hantaran makcik Ajar yang tak cukup cukup lagi. Kesian budak tu..nak kawen awal bulan depan, nak carik barang tak jumpa jumpa jugak..Handbag, kasut, set perfume dan banyak lagi..ohhhhooo oi!
kejadian yang berlaku : tiba tiba meter kecuakan aku mencanak canak naik..ohhh..tiba tiba aku ternampak seseorang yang macam ku kenali....larikkkkk!  sapekah gerangan orangnya? Biarlah menjadi tanda tanya.
hasilnya : dapat settlekan 1 set perfume saje. Tak lupa jugak, dapat rasa baby donut J.CO..nyum nyum nyum. lembut macam kulit bayi! heh heh heh.


3) Rojak tonggek


     


misi kedatangan kami : off course la nak makan rojak!
kejadian yang berlaku : kasut najwan, stokin hajar & beg aku terkena kuah rojak tersebut..Tu lah..kekdahnya makan kena tonggek tonggek..tapi kami tak buat..haisssh!
hasil : harga rojak bungkus & makan RM 9.00..hehehe..makan sakan!


4) Sunway Carnival Mall

misi : carik benda yang tak jumpa jumpa lagi. Handbag dan kasut.
kejadian yang berlaku : najwan hilang dari pandangan. Mungkin dah bosan dengan kerenah pompuan shopping..heh heh heh..sian dia.
hasil : handbag dan kasut cik Ajar still tak jumpa jumpa jugak. Last last..aku beli diary 2011..haha..semangat! semangat!


hmmm...apa azam tahun 2011 nanti ek?




kalau tak puas hati dan nak baca lagi, sila baca CIK AJAR punya versi pulak. Ketik SINI.

aku curik semua gambar kat blog dia. usb handset ni cik pu kata dah takde.so, takleh nak transfer..uhuk uhuk uhuk!


6 Action comment:

Weyh, org yg nk kawen tu dah beli kasut ke? Kalo ade berkenan dgn hush puppies bgtau ler...aku boleh tolong dapatkan discount (^_^)


masalahnya..haissh pappis takde yang ladies punya..dia berkenan kat sliper jamban yang mahal kaler hijau tu..mana sesuai..

kui kui kui


diriku pun ada di queensbay pada hari kejadian. juga ada rasa mcm ternmpk seseorg yg dikenali gak. adakah??????


haaaa..kak suhana.

ni saya nak tanya ni..saya macam nampak akak kat surau. akak dgn member2kan? hehe.mula2 nak tegur, takot salah org..saya ingat nak tegur jugak lepas amik wudu' tu, tp akak dah keluar pulak.xsempat nak tegur..huhu..


ahaaaa..ahaks!so,itu mmg anda lah ye.hahaha.akak dgn seorg mmber je ye. hehe.rasa mcm nk tegur juga,tp xsure.tgk pakaian awak kat post ni, baru lah betul2 pasti. hehehe. nasib baiklah awak bkn bersama cik pu ye.kalau x,terkantoi suda.ngeh3


nasib baik..kalau tak,kantoi dengan akak..hehe.


ngeh ngeh ngeh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback