Bukit Larut (Maxwell hill)

Classification : ,
Sabtu & Ahad yang lepas kan aku dah bagitahu korang yang aku pergi Bukit Larut. Tapi, sampai saat ni aku tak sempat lagi nak tulis entry pasal trip pergi Bukit Larut tu. Ok, hari ni aku tunaikan.

Sape sape yang nak baca sangat sangat tu, sila bukak mata besaq besaq, ambik makanan banyak banyak, p carik tempat yang selesa untuk baca entry ni....Dan jangan lupa bayaq tiket wayang...hehe!

Ok, kita start sekarang.

Trip kali ni kami pergi Bukit Larut. Sebenarnya, trip kali ni aku tak tahu menahu langsung tentang perancangan awalnya..Tahu tahu dah kena bayar duit penginapan, minyak kereta, tol, dan lain lain yang semuanya berjumlah rm80 seorang. Tak fikir panjang, aku terus setuju. Takkan nak kata taknak kat tempat yang aku tak pernah pergi. Tolak rezeki la namanya. ye dak?






Tiba pada hari kejadian (sabtu), kitorang pergi konvoi 3 bijik kereta. Kali ni aku ditugaskan menjadi pemandu tersohor kepada 3 anak dara yang lain. Mula-mula tu takut jugak, kena lebih berhati-hati. Yelah, anak dara orang tu..ada tu yang bulan 12 ni nak kawen..kang, kalau jadi apa apa, tak ke cuak?  Aku jugak yang nak kena menjawab..hehe.





Dan Fateah selaku housemate aku, seperti biasa akan duduk di tempat co-driver dan dilantik sebagai bendahari berkhemah. Tugas dia pegang semua duit yang kami kumpul, tukang kira semua perbelanjaan kami, tukang bagi duit tol kat aku, tukang bayar tiket masuk zoo, tukang bayar hutang yang tertunggak dan tukang kepada semua benda yang memerlukan duit..hehehe..mudah bukan kerja kami?

Bila dah sampai kat kaki Bukit Larut tu, untuk naik ke atas perlu menggunakan jip. Kalau nak jalan kaki pun boleh jugak..takde masalah. Tapi, bagi kami yang muda remaja, belia dan kurus kering ni idak la terdaya untuk panjat bukit yang setinggi 1250m dari paras laut tu. hehehe..Oleh itu, bayar je RM7 untuk jip tanpa banyak soal. Sebab, yang bayar bukan kami..Fateah!  hehe.. RM7 tu merangkumi perjalanan pergi dan balik dari kaki bukit ke atas Bukit Larut. berbaloi baloi..






Bila dah sampai kat atas tu..jangan cakap la. Muka berseri seri cherry blossom telah bertukar menjadi kuntilanak harum sundal malam. Pucat! Mana taknya..cubalah bayangkan..jalan dia dah la bengkak bengkuk macam ular senduk nak mematuk, pastu ada 93 selekoh..haisssh. aku yang stylo milo dah jadik macam nenek kebayan dah..nak muntah ada, nak terberak ada..pucat lesi..Dah la time kami pergi tu hujan, habis basah kuyup. Tapi, yang penting mutu adventure yang tinggi tu tetap ada..tu yang kami carik tu!

Kat atas Bukit Larut kami tidur semalam kat Chendana Hut. Dia punya syoook..Allah saja yang tahu. Giler best! Macam kat Oversea. Tapi, sayang. Sekarang ni bukan musim bunga tulip. Kalau tak, lagi melatop. Menurut pakcik tu, musim bunga tulip hanya pada bulan Disember hingga bulan April sahaja. Takpe, lain kali kita pergi lagi..hoyeah!






















Selain tu, engkorang engkorang semua boleh menghirup udara segar dan nyaman kat atas bukit tu. Kalau nak pergi sana, jangan lupa bawak baju sejuk yang tebal tebal dan stokin berkeping keping. Suhu kat sana rata rata 10 - 20 darjah celcius. Kalau hujan, suhu dia lagi sejuk. Kalau korang ada kulit tebal macam beruang kutub, tak payah bawak sweater pun tak pe..kih kih kih. Sebab aku pakai seluar sampai 2 helai..hahaha!






Bila time balik, kitorang singgah mandi manda kat Burmese pool pulak. Nama je "pool", tapi dia macam air terjun sungai biasa je..Pada pandangan peribadi aku, lebih baik takyah pergi. Dia punya kemudahan asas out. Tandas bayar Rm0.30, tapi kotor giler. Nak mandi bersihkan badan pun takde. Semua pili paip shower dah tercabut gamaknya. Makcik yang jaga kaunter pun kerek dan bermuka masam macam serigala..Menghilangkan mood Bukit Larut sungguh la!



walaupun bermuka tak puas hati, tapi tetap cumil...

~lalalala~



larikkkkkkkk...


2 Action comment:

hai....ni nk pi lawan bola jaring ker??? sume bju merah....seb baik xdak lembu kejar,ngeeee...=p


kitorang tak p ladang..tu yang xde lembu nak kejar tu.


anak teruna orang yang kejar ada laa...



ngeh ngeh ngeh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback