Acuan mouth guard

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Seperti yang korang tahu, hari ni aku ke klinik gigi pulak. Macam yang dah di-appointment-kan oleh kakak Nurse gigi yang cantik-cantik tu. :p Tiba-tiba rasa gementar pulak bila membayangkan start malam ni aku dah kena pakai mouth guard. Macam manalah rupanya nanti. Cantik-kah? Lawa-kah? ataupun hodoh-kah? 

Woi..tido pun nak cantik ke?

sorry sorry. Aku merapu. Next!

Ingatkan hari ni dah dapat Mouth guard pujaan hati tu. Rupa-rupanya sebelum mouth guard tu jadi hak milik kita, kita kena ukur dulu. Kira kena buat macam acuan dulu la..mengikut gigi kita. (takkan nak ikut gigi kakak nurse tu pulak, ye tak?). Tak sangka pulak benda tu boleh buat aku nangis & rasa nak muntah.

Korang x rasa apa yang aku rasa..bolehlah gelakkan..ceit!

Ok ok..nak rasa jugak? Jom!

Cuma korang boleh bayangkan jelah kan.. (-.-')

Tutup mata semua..tarik nafas..amik aura fealing-fealing masuk klinik gigi yang sejuk tu.

Pastu tibe-tibe kakak nurse gigi cantik tu panggil nama korang.

Joyah Johari!   (bukan nama sebenar)

Masuk bilik No. 3 & baring atas kerusi gigi tu.

Dokter datang. Bukak mulut besar-besar. Dokter masukkan "benda" berwarna unggu dalam mulut.


"Benda" tu lebih kurang macam ni

Tapi "benda" tu ada pemegang kat depan.

Sebelum Dokter masukkan "benda" tu tadi, sorang kakak nurse cantik yang lain tolong fill in-kan sesuatu kat "benda" tu.

Filling dia macam ni tapi penuh-sepenuh-penuhnya.

Lepas tu Dokter tekap kat semua gigi bawah diikuti dengan semua gigi atas. Then tunggu sampai filling tu keras ikut susunan gigi aku. Rasa macam chewing gum pun ada..nasib baik x tertelan...hahaha!  :D

Masa turn gigi bawah tu relax lagi. Dokter tanya rasa nak muntah x? Aku riak jawab tak!

Masa gigi yang atas tu..perggh..menangis..nak muntah..semua ada. naik semua tangan-tangan, kaki-kaki aku nak tepis Dokter tu. Rasa macam tekak kena godok..kau bayangkanlah!  T_T

Dokter terpaksa buat 2x utk dapatkan tekap-an yang betul & cantik. (-.-')


Bentuk filling tu lebih kurang macam ni la jadinya bila dah keras.
Cuma kaler filling tu sebelum masuk mulut aku nampak macam pale purple.
Keluar dari mulut jadi kaler putih pulak.
Ke aku yang salah tengok?  (korang consider la aku pesakit bruxism weh..hahaha!)

Setelah keluar air mata dara, peluh jantan mak, air liur meleleh-leleh & semua air yang ada, siaplah proses membuat acuan mouth guard tu.

Scalling x dapat dijalankan hari ni. Terpaksa tangguh ke hari lain. Hari dimana mouth guard tu akan di-issued-kan kat aku... T_T  Nampaknya gigi masih x brapa nak bersih laa.. :p

Aku ingatkan senang je nak pakai mouth guard ni..pergi klinik gigi hari ni, then kita pilih nak saiz S (sempit) ke, M (muat) ke, L (lebar) ke takpun saiz XL (gigi besar rumah ke...hahaha!)..Rupa-rupanya kena ukur separuh nyawa dulu, then baru dapat..owh..begitu kah? Appointment seterusnya kakak gigi cantik akan bagitahu lain. Bukan senang nak bergigi cantik ye rupanya.. (-.-')


Nampaknya malam ni berbunyi lagi la gamaknya.. T_T


kisah ni bersiri dari cerita ni : gigi berbunyi masa tidur (bruxism)

3 Action comment:

sis curious nie nak tau, knp nak buat bende tu kite akan rasa nak muntah?


sebab masa buat tu Dokter akan masukkan "benda" tu dalam mulut & sampai ke tekak..terasa macam tekak ni dijolok..tu yg rasa nak muntah tu sis..


omaiiii alamak..kite pon pesakit bruxism jugak. rini baru jumpe geng.. rasa nak sepppp wehhh! haha. mouth guard tu?? errr. tadi baru jumpe dentist ensem. next month bru dapat appointment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback