Kali kedua

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua..

Tak tahu nak mulakan macam mana. Ni semua akibat daripada sikap cuai & sangat-sangat pelupa aku. Agaknya nilah tanda-tanda penuaan yang orang selalu sebut-sebutkan tu. Ke sebab otak tengah bercelaru memikirkan hal nak kawin? Tu lu pikirlah sendiri.

Benda ni terjadi tadi. Lebih kurang pukul 5.50 petang. Sebelum aku berhajat nak datang lab jenguk-jenguk kawan-kawan aku, Si bakteria-bakteria tu. Aku dah baik punya timing, nak keluar umah 10 minit awal dan terpacak tepat kat pondok Pak Guard pukul 6.00 petang mendaftarkan kehadiran hari ni. Sekali, diri sendiri menspoilkan plan sendiri. (-_-')

Macam mana boleh buat kedua kalinya aku boleh tertinggal kunci rumah sebelum keluar rumah ni? Korang cuba bayangkanlah. Rumah sewa aku ni ada 3 pintu sebelum nak keluar. 3 tu dah termasuk pagar gate luar. 2 pintu selebihnya tu adalah pintu kayu dan pintu besi 'selepas' pintu kayu tadi tu. Tapi bukan 'selepas' sangat pun. Sebab lepas pintu kayu tu sebenarnya ada ruang kecik untuk sepahkan kasut & selipar jamban aku.

Kalau kau kata kau dah tertinggal kunci kat dalam rumah, maknanya kau dah lock/tekan punat pintu kayu lah kan? So, kau akan duduk 'seketika' di ruang kecik tu untuk memikirkan penyelesaian macam mana nak bukak pintu kayu tu. Berapa minit/jam yang kau perlu duduk kat ruang kecik tu bergantung pada kecekapan otak kau memikirkan idea-idea bernas. Macam tu jugaklah terjadi kat aku. Dalam kepala hotak aku ni, dah pk nak panggil jiran sebelah, Auntie. Tapi suara budak kecik dalam diri aku ni kata, tak payah..malu sebab dah 2 kali kau terlupa. Aduhai!

Cis, biar aku buang suara budak kecik yang menyebok tu. Takkan aku nak berpeluh-peluh kat situ berejam-rejam. Dahlah Teah takde, balik Johor. Malam kang aku yang nak amik dia. Nak panggil Cik Pu, dia atas highway baru on the way nak balik Bertam. Oleh yang demikian, nak tak nak terpaksa jugaklah aku tersengeh-sengeh tebalkan muka panggil Auntie dan anak dia. Auntie dah geleng-geleng kepala dah. "Ayoyo..asik lupa saja. sama macam anak saya". Anak Auntie tu pun dah tersengeh-sengeh. Pahamlah aku, dia pun selalu lupa jugak. ngeh ngeh ngeh kita serupa..

Aku tolak punya tolak, pulas punya pulas, korek punya korek, tak boleh bukak jugak. Tak puas hati, mula-mula anak Auntie tu bagi kad kat aku. Bila semua tak jalan, dia bagi screw driver suruh buat lubang tepi tombol. Unmangai. Takkan aku nak beli pintu baru. Melayanglah fulus aku kalau macam ni. Tak boleh jadik ni, aku pun korek secara sopan. Tak puas hati lagi, dia bagi pahat & tukul. Ceh, nak tak nak kena buat lubang jugaklah. lepas tebuk lubang sikit, pintu pun berjaya bukak. Tapi yang tak berjayanya tombol tu pulak rosak, habis semua compartment-compartment tombol tu tercabut-cabut. Spring-sping semua terkeluar. Nak tak nak kena jugaklah keluarkan duit beli 1 set tombol.

Masalahnya sekarang ni, siapa yang pandai pasang tombol tu?

Aku? Idok la kome!

*idea* *idea* Oooh...ting!

Cik Pu, silalah tunjukkan kehandalanmu..hehe!



Nasib baik hari ni bukan hari bekerja. kalau tak, tak tahulah aku. Masa 1st time kena tu, hari Jumaat. Lepas aku bangun tidur, area pukul 2.45 petang. Ter-extend jugaklah waktu aku nak pergi kerja. Sudahnya masuk pukul 3.30 petang. Dahlah pakai baju kurung edisi muslimah-muslimah. Kau bayangkanlah. Dengan terkangkang-kangkang nak bukak pintu pulas-pulas tombol. Tuhan sajalah yang tahu. (-_-')

4 Action comment:

heheheh....1stly im sorry for not being there when u in trouble...lotih kato eh !!! tido smpi ko mgrib...hahaha pasang tombol?? serahkan pada yg pakarrrrrr !!!!! hihiihi aku la pakar tue..


hahaha..ak pun penah gak pasang tombol tu tp xbrape pro la.haha..ak penah je tertinggal kunci dlm umah..nsb la ayu ad,dtg jauh2 mai buka pintu tuk ak n yg lain2..hahaha


This comment has been removed by the author.

memang penat & berpeluh2 bila tak boleh bukak pintu. lagi2 bila kita terkurung.. T_T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback