Laporan Akhir Bulan

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua...

Untuk sekian kalinya aku sempat jugak mencuri waktu-waktu terluang untuk menaip sesuatu di CH (Coklet Hitam). Kebelakangan ni hidup terasa tak cukup tanah nak berlari dan sangat bercelaru. Bayangkanlah, sejak dari balik cuti bertunang-Bandung tempoh hari sampailah ke saat aku menaip ni, aku kerja non-stop sabtu ahad. Takde cuti rehat langsung. Oh ya. Kalau ada pun hari tu, sehari. tu pun amik off sebab sangat-sangat darurat dalam paksaan kena pergi maxis center settlekan masalah broadband yang tak baik-baik lagi sampai sekarang. Then balik dari maxis center tu terus berkejar-kejar nak siapkan order craft pulak. Oh dunia!

Sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan. Banyak hal yang berlaku yang terjadi melibatkan aku, dan aku rasa patut dikongsi di sini. Tapi tuntutan masa membatasi. Yang pasal trip pergi Bandung hari tu pun tak cerita lagi, apatah yang lain-lain. Hubungan aku dan Cik Pu pun kadang-kadang macam ombak tepi pantai. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. kalau nak jumpa pun, hanya jumpa untuk perkara-perkara yang penting-penting sahaja. Kalau agak-agak tak penting kami discuss dalam hp. Kalau penting sekali pun belum tentu dapat jumpa, kadang-kadang email / ym jadi mediumnya.

Minggu lepas aku ada tidur di Alor Star - untuk pertama kalinya. Semalam ada jugak keluar, tu pun sebab kitorang dah schedule-kan nak carik 1 hantaran setiap bulan. Sekarang ni pun keadaan dia x berapa nak ok sangat. Mc dah 2 hari. Kaki sakit, bengkak. Staff Rehab kata takut kaki dia retak je..Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. permudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah daripada segala anasir tak baik Ya Allah.

Cerita pasal kaki. Puan Emak pun tengah sakit kaki. kedua-dua lutut bengkak. Aku jadik tak keruan. Ingat nak balik jugak hujung bulan Mei ni, nak amik cuti seminggu. Harap semua kerja dapat diselesaikan sebelum hujung bulan tu. Lagipun dalam masa-masa terdekat tu, aku kena amik rest yang cukup. Persiapan untuk berorientasi di USM pulau nanti. Ye, cakap pasal PJJ, Timbalan Pengarah kami yang baru dah luluskan kami ber-pjj di USM. Atas alasan untuk memajukan diri dan menimba ilmu pengetahuan. Bagus betul. Tak sampai pun sehari dah bagi kelulusan. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

Hmmm...apa hal lagi ek?

Oh ya. Kemungkinan dalam bulan mei ni ramai pulak yang nak kawin. Antaranya Fiza & gendut. Kedua-duanya tarikh yang berlainan dan agak jauh. Tak bolehlah aku nak main aci redah cuti 2 minggu kan. kang orang ingat aku pulak yang nak kawin. So, aku berkemungkinan kena pilih antara dua. Baca betul-betul ye kawan-kawan. "Berkemungkinan". So, tak konfem lagilah maknanya. Aku tak bincang betul-betul dengan family aku lagi, so takleh decide sekarang. Semuanya bergantung pada keputusan mereka, masa aku bercuti, dan tak lupa juga ongkosnya. So, kita tunggu & lihat sajalah nanti. Kalau ada rezeki lebih, kita cerita lain.

Last but not least, hari ni jugak aku dah keluarkan sejumlah wang yang pada aku agak besar pada saat ini. (orang-orang biasa macam aku ni dah rasa besar dah, padahal orang lain anggap ciput je..kui kui kui). Aku ingat nak buat modal hari tua. So, aku laburkan sedikit ke dalam Pelaburan Emas & Saham Bank Rakyat. Aku buat untuk kedua-duanya sekali. Biarpun sekarang ni agak susah sikit, tapi takpe. Asalkan nanti tua-tua ada back up, InsyaAllah. Oh ya, pada yang tak tahu. Hari ni hari last untuk membuka akaun pelaburan Emas Public bank se-minimum 10 gram. Hari lain dah jadi seperi biasa, permulaan 20 gram. Dan hari ini harga emas naik lagi dari semalam sebanyak RM4 se-gram tak silap aku. Ntah, aku pun tak berapa pandai sangat bab-bab ni. Untuk kepastian, korang cek kat http://www.barakahemas999.com/. Tak pun pergi sendiri Public Bank dan tanya.

Rasanya dah takde pape dah kot. Tu je laporan yang aku nak sampaikan.

Sekian, terima kasih.


hehe!


Comments