Anak Mak Salleh

Classification :
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Semalam aku ke A tu Z Wedding House lagi. Beli beberapa barang yang asik tak cukup-cukup, yakni alat-alat DIY. Sejak nak bertunang hari tu sampai sekarang nilah hobi baru aku, bersiar-siar sorang diri sambil menghirup udara kat dalam A tu Z.

Seperti biasa, kalau nak beli barang haruslah amik trolley kan. Bakul-bakul tak main. hehe. Ok, bila dah settle amik & bayar semua barang, aku terus tolak trolley ke luar, nak angkut semua barang dalam kereta. Dalam fikiran aku, lebih senang kalau letak trolley kat tempat loading park & amik kereta bawak datang situ daripada nak mengusung trolley ke kereta. Tapi persoalannya, siapa yang nak jaga barang-barang aku kat loading park tu? Aku kan datang sorang tadi.

Tiba-tiba aku terpandang kat sorang foreigner guard yang duduk kat depan gate A tu Z. Terfikir kat benak aku, heh boleh mintak tolong guard! "Sir, could u please watch out all my things here, then I want to pick up my car there". Kata aku dengan yakinnya sambil menunjuk-nunjukkan barang-barang tadi & kereta aku.

Foreigner guard tu dengan relaxnya anggukkan kepala. Dan dengan selambanya dia menjawab "Dik, kalau cakap melayu pun boleh". Dia datang dekat aku dan menyambung ayat "Ayah kami Mat Salleh, mak kami orang melayu".

Cis!

Lalu aku berlalu dengan tersipu-sipu membelah laju keretaku.


Cis! Cis! Cis! Ingatkan Bangladesh.


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback