Heroin Malaya

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera semua,

Hari ni aku nak cerita pasal benda yang terjadi semalam. Korang pernah baca kan dilema yang selalu terjadi kat kawasan rumah kitorang ni. Lebih-lebih lagi warga yang pelupa macam aku..hahaha! (Read : http://coklethitam.blogspot.com/2011/05/kali-kedua.html)

Ok, semalam jiran baru sebelah rumah aku pun tertinggal kunci kat dalam rumah jugak. Buat yang tak tahu, jiran baru aku ni merupakan staf kat tempat kerja kami jugak. Tapi pangkat dia lebih besar sikit daripada kami - Pangkal nama ada Dr. Ok, ni bukan point penting.

Dr. tu memang bernasib baik semalam. Dalam banyak-banyak hari, ntah macam mana aku tetiba nak beli nasik & makan kat rumah. Then bila nak keluar rumah pergi kerja balik, aku ternampak dia nak keluar rumah. Dengan peramah & berbudi bahasanya aku pun pelawa Dr. tu naik kereta aku, kita pergi kerja sama-sama.

Tiba-tiba dia buat muka panik. Then dia cakap "Saya tak boleh masuk". (slang). Pastu aku tanya kenapa? Yang bestnya dari tadi aku speaking Malay secara laju dan dia tercengang-cengang kebluran (kelajuan biasa, kadang-kadang pure Melayu pun tak faham apa aku cakap). Rupanya-rupanya tak faham. cait!

Ok, sekarang ada dua masalah. Masalah 1 - Sorang tak faham apa yang didengar dan sorang lagi tak tahu yang pendengar tu tak faham apa yang dia cakap (aku). Bila aku dengar dia cakap macam slang-slang lepas tu, terus aku suspect Dr. ni mesti kes Dr. dari overseas. Ok settle. "Dr,why?

Dia pun tunjukkan yang dia terkunci kat tengah-tengah tempat kasut tu. Gotcha! Sama kan macam kes aku. Tapi yang lainnya sikit, Dr. tu ada simpan kunci kat ofis dia. Nasib baik. Then, dia bagi kunci bilik ofis dia, dia mintak aku bukak bilik ofis dia & ambil kunci dalam drawer & ambil gugusan kunci kat almari lain pakai kunci tadi. Yang pastinya memerlukan banyak procedure la. hahaha!

Dah selesai amik kunci kat bilik ofis dia bagai, masalah 2 timbul. Kunci yang ada kat bilik ofis dia tu hanyalah kunci sliding door. Lain-lain kunci tak nampak. Kunci pintu mangga pun takde. Nak tak nak terpaksa jugaklah aku memanjat pagar pakai baju kurung. Haish, hilang keayuannya. Bila dah panjat-panjat tu, tak boleh nak masuk jugak, sebab lepas sliding door tu ada grill. Then aku terfikir untuk bukak sliding door belah lagi satu & kuis kunci Dr. atas meja makan pakai kayu. Akhirnya berjaya total! Aku rasa macam masuk explorace pun ada.

Dr. tu punyalah bersyukur. Daripada moment aku dapat kunci tu, tak habis-habis dia cakap "God send you for me". hahaha. Bagi aku plak, ada hikmah disebalik kejadian. Dan tiada yang kebetulan, kesemuanya Allah rancang dengan sempurna. Lepas kejadian tu, baru aku tahu nama Dr. tu, no telefon dia & sebagainya. Kalau tak, mesti sampai bila-bila pun tak tahu kan?


Bos aku kata Dr. tu memang pure India yang datang dari India. Patutlah dia tak paham. Ingatkan orang India dari Malaysia, salah tekaan. cet!


Comments