Dugaan kahwin


As salam & Hai semua,

Rasanya dah lama aku tak bercerita pasal PJJ & kerja. Asik-asik kahwin. Balik-balik kahwin. Ye tak? Mesti ada orang yang dah boring dengan topik kahwin aku kan? Tapi...................Ada aku kisah? HAHAHA. Ok, tak lawak. Serius, sekarang aku nak cerita pasal PJJ & kerja. Hal kahwin kita tolak tepi sekejap.

Ok. bagi sesiapa yang masih tak tahu, aku dah berjaya menjadik student Tahun Pertama PJJ di USM Pulau Pinang. Clap! Clap! Clap! Ye, Kau dah clap untuk 'kesibukan melampau' yang melanda aku. Terima kasih ye kawan-kawan. HAHAHA. Sibuk gila aku rasa semenjak menjadi student balik ni. Sabtu Ahad dah tak nampak macam weekend dah. Tetap rasa macam weekdays. Balik hari Isnin balik, dah layu longlai dah aku pergi kerja. Penat woo. Penat dia tak terungkap. Mana nak uruskan si Budak Kecik lagi. Nak uruskan hal kahwin diri sendiri lagi. Gantikan Big Bos 2 orang lagi. Hohoho. Macam badan nak kena kerat 3. Tak terkejar woo..

Bercerita pasal ganti 2 orang Big bos, petang tadi aku baru je habis berkursus ISO 9001 di Lot 45. Perrgh..dia punya kursus..tahap bos-bos punya level wa cakap sama lu. Nama pun penganti big bos kan, oleh itu bahan kursus pun mantap la..ye tak? Tak terfikir dek akal aku nak kena pergi kursus yang macam ni..Oh, lupa nak bagi tahu mana 2 orang Big bos aku pergi. Dr. Z kan aku dah cerita sebelum ni, beliau pergi German seminggu. En. ZXX pulak pergi Haji. Bulan 12 nanti baru balik. Maknanya time beliau balik tu, aku tengah bersuka ria selepas kahwin la kan..KIHKIHKIH. Bersuka ria-kah? Itu lepas kahwin kita bukak post lain.

Berbalik pada Kursus yang aku pergi semalam & tadi, actually banyak benda yang aku boleh belajar. Basically unsur-unsur 5S & ISO MS15189 tu dah ada dah. Cuma ISO yang ni lebih penekanan kepada pihak management & fail-fail. Teknikal kureng. Tapi mostly aku puas hatilah dengan kursus ni. Lagi-lagi kat Penceramah dia. Dia punya dress-up..perrgh..macam Dato' Siti siot..sejibik wa cakap sama lu. Tak terkelip mata memandang. Kau nak apa? Cantik, muda, solid. Tu baru aku yang cakap. Belum lagi lelaki cakap kan..Patutlah cepat je ilmu meresap ke otak..KIHKIHKIH. Kalau korang tak percaya, sekarang aku tepek gambar, korang tengok sendiri la ek kecantikan dia.....




Usha dulu dari jauh.



Ok, nak dekat close-up dah ni.



Sila tengok kanan tu.


Aku tengah dok merasa kerepek..KAHKAHKAH. kantoi!



Kusyuk dok tengok penceramah cun..KIHKIHKIH





Amacam? solid tak?


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback