As salam & Hai dunia,
Seperti yang dijanjikan. Aku dah open CH kepada dunia. Hai dunia! Lama tak jumpa. Rindu rasanya nak berblogging dan buat open post. Tapi rasa macam janggal pun ada. Selalu-selalu blogging hanya kawan-kawan yang aku sayang je baca, sekarang tak lagi. Semua lapisan masyarakat dah boleh baca. Nampaknya bahasa pun kena manis-manis sikit la kot? (kau ingat kau famous sangat ke sampai semua lapisan masyarakat kau nak mention..HUAHUAHUA).
Tapi setelah difikir-fikirkan, aku tetap akan bercerita macam biasa. Tak payah nak manis-manis sangatlah kan. Kang kalau manis kang, bersemut pulak CH ni..waHAHAHA. Biarlah apa orang nak kata, aku tetap akan buat blog CH ni macam dunia aku sendiri. Tempat aku luahkan baik & buruknya sesuatu. Hidup ni bukan semuanya baik je, ye dak?
ok ok. jom kita start cerita pasal edarkan kad pulak. Lebih senang aku bercerita ikut situasi la ye :)
Situasi 1 - Kaunter Pendaftaran
CTC adalah tempat pertama kami distributed kad. Area Kaunter Pendaftaran mula-mula sekali yang dapat kad tu. Lawak memang lawak. Cik Pu lepak kat kerusi menunggu, aku hulur kad kat kaunter, which is masa tu NXXXX yang terima. Muka semorang macam terkejut gila.
NXXXX : Hai, main sua-sua je..apa ni?
Aku : (Macam biasa, sengeh jelah!)
Akak kat kaunter : Betul ke ni? Korang berdua?
Situasi 2 - Klinik Pakar
Kak DXXXX : Naem...kau biar betul? Patutlah selama ni mintak buat poster, tak siap-siap, bizi je memandang..
Cik Pu : Haa la kak. Sibuk buat benda ni la..3 hari 3 malam dok fokus...lepas ni mesti poster boleh siap cepat..(gelak berdekah-dekah)
Cet!
Situasi 3 - Kaunter Farmasi
Kak HXXXXX : Siapa punya majlis ni?
Cik Pu : Jiran kami..kami tolong edarkan..
KAHKAHKAH
Situasi 4 - Dept Kecemasan
MA WXX : Hang ka nak kawen Naem?
Cik Pu : Taklah, jiran kami. kami tolong edar...
Kak LXXX : Waah..cantik kad. Ada kalender lagi. Nak 1 lagi boleh tak?
Aku : Boleh..boleh..
Situasi 5 - Klinik Daycare
Kak SXX : Eh, biar betul ko ni Naem.
Cik Pu : Betullah kak SXX
Staff Nurse lain : Siapa yang nak kawen sebenarnya Kak SXX?
Kak SXX : Laaa..depa dua ni la..
Staff Nurse lain : Oooh (muka terkesima)
HUAHUAHUA
Situasi 6 - Dept XRay
Semua berkumpul nak tahu apa dia yang kami nak umumkan. Tapi nampak macam ramai yang dah tahu, cuma tinggal nak tengok kad je kot? hehe
Staff XRAy : Wah..cantiknya kad..kau buat sendiri eh Naem?
Cik Pu : Haa la..mau taw la..(--> ayat macam biasa..HAHA..pastu tunjuk logo Seni Studio dia tanda iklan kat kad aku tu..ceh!). Jangan lupa add ye.
Staff XRay yang lain : wah..comelnya kad..ada riben-riben lagi. Siapa punya idea ni?
Cik Pu : Dia la.. (tunjuk kat aku)
HEHEHE..mau taw la!
Situasi 7 - Klinik Patient In Care
Kami edarkan kad. Tiba-tiba secara tak sengaja, seorang akak OT datang.
Akak OT : Akhirnyaaaa...
Aku : (Sengeh-sengeh)
__________________________________________________________________
Habis CTC, kami ke Lot 45. Bukan kami, aku sahaja. (Cik Pu memang kerja kat Lot 45)
Situasi 8 - Pejabat Pengarah
Kami masuk dalam. Takde orang kat depan.Semua staff sibuk kat belah dalam, kat partition masing-masing. Cik Pu buat-buat baca surat khabar. Aku sibuk tulis nama kat kad tu. Keluar seorang staff nama FXXXXX.
FXXXXX : Hang buat apa kat sini?
Cik Pu : Aku saja baca surat khabar..Ni ada budak baru nak hantar surat, aku tolong tunjukkan. (sambil tunjuk arah aku)
Aku : Budak baru? cet! (--> dalam hati)
Aku masuk dalam tanpa Cik Pu & FXXXXX tadi.
Cik WXX : Haaa..kad. Nak pakai Maskot ke?
Aku : Masa bila?
Cik WXX : Masa majlis lah.
Aku : Taknaklah. Saya nak pakai cantik-cantik masa majlis tu..
Semua gelak.
Aku keluar semula jumpa Cik Pu.
Cik Pu : (buat-buat sudah baca surat khabar). hang mailah majlis aku norrh..
FXXXXX : Termanggu-manggu kehairanan
Cik Pu : (gelak berdekah-dekah)
FXXXXX : Hampeh hang...hang pekena aku nooorh!
6 comments:
tahniah!
selamat pengantin baru
katne ni kawen?
Terima kasih..
InsyaAllah kat Bukit Beruntung :)
aku punyer kad mn??? huhu
ada..ada..
no dah tukaq ka?
hari tu aku call hang tak dapat la :(
mn de tukaq.. sama ja weh.. huhu
ye ke? hari tu aku call hang tak dapat tau..
Post a Comment