Bukak Rahsia




As salam & hai semua,

Minggu ni aku klasifikasikan sebagai minggu bukak rahsia. Kenapa? Rahsia apa? KAHKAHKAH Bajet macam takde siapa yang tahu kan..padahal? Semua orang dah agak-agak kot? Tapi, still jugaklah ada yang tak tahu hubungan kami sebagai tunang & bakal berkahwin.

Selesai sudah hari ni aku pas kad kahwin kat semua warga-warga Lab (ADL) & tak lupa jugak kepada kawan-kawan yang terdekat & seantero di sini. Kepada kawan-kawan yang tak dapat lagi, aku harap kalian bersabarlah ye. Akan tiba hari dimana anda akan dapat juga kad tersebut..KAHKAHKAH Bajet kad kau tu laku sangat ke Diyana? Ceh, pigidah!

Tak lupa jugak 1 kad kepada Dr. Z, iaitu my bos. Esok dia dah takde, akan berlepas ke German. Bagus betul hidup macam Dr. Kejap pergi France, kejap German, lepas ni mana negara pulak la ye? Bercakap pasal Dr, ada 1 benda yang agak melucukan yang berkenaan kad kahwin aku tu..Sebelum apa-apa, jom kita gelak ramai-ramai..KAHKAHKAH

Macam ni cerita dia. As usual, Dr Z akan pergi melawat lab kami, dimana dia akan tengok-tengok result patient yang kami dapat & sebagainya. Dah sementalah Dr dah datang lab tu, lagi pulak esok dia dah nak berangkat ke German, aku tak lepaskanlah peluang pas kad kahwin tu kat beliau. Beliau as usual, akan belek-belek dan komen-komen kad aku. Ok, dapat pujian. Pass la tu..heh! Then, part nama pengantin lelaki tu, dia tanya........

Dr : Muhd Naim Othman? Siapa ni? Orang mana? (sambil buat muka heran-heran, sengeh-sengeh tengok aku)
Aku : (sengeh-sengeh jugak sambil tengok Khairul & Dr)
Khairul : Bagi je la tahu..
Aku : Ye Dr, staff sini. Orang Grafik.
Dr : Grafik? Kat Grafik saya hanya kenal SXXXX je.
Aku : Hmmm..ye la tu..Anak buah SXXXX la tu.
Dr : Ooooh..ya ka (sambil gelak-gelak)

Ok fine. Ingat sampai situ je sesi pengenalan bakal suami aku dengan Dr..Rupa-rupanya..NAN HADO! Beliau turun bawah, terus tanya staf-staf Kejuruteraan. Semua dok terperanjat. Yelah, takde angin takde ribut kata Cik Pu nak kahwin, aleh-aleh Dr yang dapat kad dia dulu. Pastu diorang semua macam tak percaya apa yang Dr cakap. Siap nak tengok kad semua. Makanya diorang pun tataplah kad tu beramai-ramai...Balik-balik opis, kawan-kawan Cik Pu terus cerita & tanya dia bertubi-tubi. Siap perli-perli semua..Lawak betul.

Nak taknak, lunch tengahari tu Cik Pu terus amik pen tulis kad siap-siap kat rumah. Bajet lepas lunch terus boleh bagi kat kawan-kawan ofis dia. Time nak tulis tu baru kalut-kalut tanya, macam mana nak tulis, kena tulis En. ke tidak, & keluarga ke seisi keluarga...HAHAHA. apada!



Ok, hari ni baru 1st day pas kad..kita tengok esok macam mana pulak.


No comments: