Pengalaman Karnival IPPT


As salam & hai semua,

Sebelum kita mulakan entry, mari kita nyanyi sebaris dua korus lagu tema kita weekend ni, pumped up kicks dari Foster the people :

All the other kids with the pumped up kicks, you'd better run, better run, outrun my gun.
All the other kids with the pumped up kicks, you'd better run, better run, faster than my bullet.



Hai hai dan hai semua kawan-kawan yang aku sayangi,

Hari ni adalah hari yang terpenat yang pernah aku ada dalam bulan ni. Rasanya tiap-tiap minggu pun aku mengadu penat jugak. waHAHA. Maafkanlah Hamba ya. Agaknya macam nilah dugaan orang nak kawen, penat tak mengira masa, waktu dan tenaga. chewaah! Macam tak percaya je aku ni dah nak kawen. pweeew! Perangai still macam kanak-kanak ribena lagi ni. haih!

Hari ni penat gila sebab jaga booth (kononnya), jadi maskot (kononnya), dengar ceramah2 (kononnya), main game tuju tin..Kenapa semua dalam braket "kononnya" tu? HAHAHA Memang konon-konon jelah kan. Padahal tak 100% pun. Macam booth pun just bertugas sebagai pengedar flyers je. Yang maskot tu pun satu hal. Last-last Cik Wan cakap diorang tak jadik nak buat gimik. So, maskot tak payah keluar..Cis! Dah la time tu aku dah pakai maskot tu half way..

(-_-') Redha sajalah.

Takpelah. Ada bagusnya jugak tak jadik pakai. Tak payah aku nak berpeluh-peluh dalam maskot tu. Orang yang PALING bahagia bila tak jadik pakai maskot? Haruslah jawapannya Cik Pu. waHAHA. Kalau dulu-dulu nak buat apa pun boleh. Sekarang? No! No! Tidak lagi ye kawan-kawan..kena mintak kebenaran husband to-be dulu ye. Kalau tak cakap kat dia nanti dia cakap "tak cakap apa-apa pun?" Haih, apa pun tak boleh. Tu pun sebelum nak pakai maskot tu, Cik Pu korang tu dah bagi syarat : Jangan terlompat-lompat sangat, jangan tergedik-gedik sangat..HUAHUAHUA..Cubalah korang bayangkan maskot yang sopan santun..ada ke?

Selain maskot, aku jugak masuk game tuju tin. Kami menang ye kawan-kawan..Menang dari belakang. Apa pun tak boleh. Lima kali balingan dia bagi chances, lima-lima kali aku tak kena kat tin tu..Yang ditujunya kereta kat tepi padang & urusetia..HAHAHA..Dahlah kereta tu bos yang punya..Kalau keta bos tu kemek ke apa, memang kes nak balas dendamlah kan. HAHAHA..Part yang PALING tak bestnya, Cik Pu & the gang masuk jugak game tu. Ceh! dahlah masuk last minit time-time penyertaan dibuka semula, tengok-tengok team diorang yang menang..Memang tak bestlah kan..(ok, ni kes jelous sebenarnya..waHAHA). Takpe-takpe, hadiah kita bahagi 2 kan?

Ohh..masa main tuju tin tu, ada kejadian yang tak diingini berlaku. Hmm..mungkin aku salah faham ke apa, tapi apa boleh buat? Mata dah nampak kan. Mesti hati nak berkata & terasa sesuatu. Ok, takpelah. Mungkin aku yang salah sangka. So, kes ni kita tutup ye. :)

What ells? ada lagi yang aku tertinggal?
Rasanya takde dah kot.

Ok, esok kita ulang lagi yang konon-konon tadi tu ye!



Comments