Sempadan rumah

Classification :

Hai semua,

Hari ni dan semalam aku & Cik Pu tak pergi mana-mana. Just duduk rumah mentekedarah makanan beli kat luar. Habis makan, aku tidur balik dan Cik Pu sambung main game bola dia. HAHA. Bukan malas ke apa sampai taknak masak kat rumah. Ni semua berpunca daripada Si Tukang renovate rumah la ni. Dari minggu lepas tangguh semalam, dari semalam tangguh hari ni. Kesudahannya rumah dah macam tongkang pecah. Kabinet dapur ntah mana hala. TV berbalut kain batik. Peti ais berbalut cadar baru. HAHA. Sorry la ye kawan-kawan, kami dah takde kain lebih. Makanya cadar yang baru dapat pun terpaksa kami korbankan. HAHA.

Ceritanya apabila kami suami isteri mintak Tuan Rumah tambah sempadan antara ruang tamu dengan dapur. Kan korang sedia maklum, rumah sewa kami sebelum ni kan memang berkonsepkan lapang dan luas. Makanya takde langsung sempadan antara dapur dan ruang tamu. Situlah kau memasak dan situlah jugak ruang untuk kau melepak. HAHA. Nasib baik 2 orang laki bini je, kalau anak berderet, tak ke payah? tet~




Pastu semalam Si Tukang Renovate rumah tu janji nak datang buat rumah pagi tadi pukul 10 pagi. Kami ni yo yo oh jelah menunggu. Bangun punya awal, tak tidur dah, terus mandi awal-awal pagi takut Si Tukang tu datang tepat waktunya. Tapi hampeh. Tunggu punya tunggu, sampai aku tertido-tido. Tahu-tahu je pukul 2.30 petang terjaga dengar Cik Pu macam tengah borak dengan seseorang. Aku suspek mesti Si Tukang tu dah sampai. Dan-dan tekaan aku betul. Dengan mata kuyu-kuyu layu, aku capai tudung turun bawah tengok apa dah jadi. Maklumlah, malam tadi aku tidur lambat. Ingat nak buat assignment, last2 idea takde...haih! (-_-')

Nanti lepas dah siap sempadan ni, bolehlah aku berangan beli Sofa, carpet, hias-hias rumah, meja kecik bla bla bla. Pastu bila bincang sekejap dengan Cik Pu tadi, Cik Pu gelakkan aku. Dia kata excited mengalahkan apa. Semua nak beli, semua nak buat. Benda yang penting - assignment tak siap-siap pun lagi. HAHA. Biasalah kan. perempuan. (-_-')

Tapi kan, lepas dah ada sempadan ni...tak bolehlah aku memasak sambil tengok tv. Tak bolehlah aku memasak sambil dengki2 dengan Cik Pu tengok dia buat kerja ke tak. HAHA. Selalunya, kalau dia tak buat apa-apa, mesti aku akan pastikan dia akan ada kerja sampingan nak kena buat. HAHA. Contoh? Tolong masakkan nasik ke. Tolong basuh pinggan mangkuk ke. Saja dengki. HAHA. Tapi...yang pastinya, lepas ni mesti lebih cepat kalau nak buang air masa tengah memasak.... :)






0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback