Sesudah 4 bulan

Classification :

Hai semua,

Rindu aku tak? (haktuih!)

Lama dah aku tak menulis sesuatu sejak 2 bulan yang lepas. Baru bangun dari tidur yang lamalah katakan..huahua. Padahal alah teruk. Tapi takpe, semua tu ujian orang mengandungkan? (nak sejukkan hati sendiri). Disebabkan aku dah lama tak tekan butang "create new entry", rupa paras dorang pun dah lain macam. Versi nak suruh orang karang surat panjang berjela pun ye jugak.. :P

Macam biasa, malam-malam jumaat ni aku keseorangan ditinggalkan Cik Pu. haha (Ayat kau Nyah, memang tak patut). Dia macam biasa dia, pergi main badminton. Dan aku, macam biasa aku, boleh berjimba-jimba depan iMac yang internetnya slow dari siput dan tv Full HD 5 series yang siaran Astronya tergendala sorang-sorang. huahua. Dah la penat petang tadi bertukang siapkan meja study + iMac tak habis lagi. Fuh, tetiba rasa macam tak mengandung pulak. haha

Minggu ni kandungan aku dah masuk 4 bulan. Mesti korang rasa macam cepat je kan? Haish, aku tak rasa berapa cepat ye kawan-kawan. Dengan alah teruk yang lalu, cukup-cukuplah. Awal bulan 6 ni dah nak start Final exam pulak. Hadoi la. Dengan keadaan yang ada sekarang ni, rasanya dah tak larat nak struggle macam dolu2 lagi dah. Tak larat nak kejar dekan, even masa dip dulu pun bukan tetiap sem pun dapat dekan. haha. Tapi pape pun harap semua bjalan lancar la gamaknya. (-_-')

Barang baby? Ada la satu dua barang yang dah beli. Tapi yang penting-penting je la setakat ni kot. Tu pun search online je. Pergi pasaraya pun dorang macam pandang rendah je kat aku kan. Tanya banyak kali betul ke aku yang mengandung. Mentang-mentanglah perut aku slim-melim, lansung kau tak nampak macam mengandung. Takkan aku nak angkat baju bagi nampak perut pulak kan. haha.

Kalau nak ikut dalam list persiapan ibu mengandung & baby tu, macam semuanya penting je kan. Memang ingat nak cerita kat blog pun pengalaman2 masa mengandung hari tu, tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Nak mintak tolong Cik Pu pun, macam-macam alasan dia bagi : tak pandai karanglah, ayat tak best la. Padahal aku suruh buat point2 je pun. Memang takde bakat jadik blogger sungguh itu mamat.. (-_-')

So, apa lagi nak cerita? Setakat ni dulu la kot. Nanti aku sambung lagi ye!



0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback