Assalammualaikum semua,
Hari ni Irdina Zara dah berusia 13 hari, makanya pantang aku pun dah masuk hari ke 13, Alhamdulillah..Rasa macam sekejap je semua ni berlalu. Rasa macam baru semalam terhegeh2 check upt, excited nak tahu pregnant ke tak, rasa macam baru semalam je habis 4 bulan alah di awal pregnancy..Tahu2 sekarang dah ada anak kecik yang comel :)
Ok. hari ni sebelum aku lupa ingatan pada bila2 masa, lebih baik aku coretkan rentetan perjalanan bersalin aku tempohari..boleh simpan sampai cucu cicit...heh!
16.10.12 Selasa
- Hari ni aku still pergi kerja lagi..Terasa diri ini gagah sangat bila nak dekat IOL (Induce Of Labour) pun still tak mintak cuti lagi..huahuahua. Dengan harapan time 37 weeks of pregnancy adalah hari Sabtu - 20.10.12 nanti. So, rilex2, chill2 la dengan baki cuti yang sekarang ada 7 hari tu. Boleh forward ke tahun depan.. (-_-')
- Bila petangnya aku ada appointment kat Klinik Pakar 1 Hosp Seberang Jaya pukul 2.00 pm. So, trus shot pergi sana petangnya. Kiranya petang ni adalah petang yang terakhir la aku jumpa Dr kat Klinik Pakar ni, sebelum aku mintak transfer nak bersalin kat Hosp Selayang.
- Dr Anusha yang selalu aku jumpa tu tetiba takde plak hari ni. Kalau dia ada, senang sket, sebab sebelum ni dia dah tahu segala masalah aku - anak IUGR la, Klu anak IUGR kena sediakan balang incubator, PP type 1 yang tak jadi tu la, nak transfer Hosp Selayang la, bla bla bla (nampak sangat banyak masalah..haha). Tapi Dr India lelaki yang ada. Then dia buat surat referral ke Hosp Selayang.
- Kalau ikut Dr Anusha tu, 37 weeks of pregnancy aku adalah pada hari Sabtu - 20.10.12, Tapi bila jumpa Dr India lelaki ni, dia kata hari Khamis - 18.10.12 adalah 37 weeks aku..haih..lain Dr, lain pulak tarikhnya. (-_-')
- Dr India lelaki tu recommended aku bersalin kat Hosp Seberang Jaya je, sebab senang. Kat sini dah ada incubator tu. Dia boleh booking-kan utk aku, kat sini dia ada 'little bit' kuasa. Tapi, apa boleh buat..I kan degil lagi besar batu di kepala..haha..ajak la Cik Pu balik jugak Rawang esoknya.
17.10.12 Rabu
- Sebenarnya semalam aku macam dah berubah hati. Takpelah, bersalin jelah kat Hosp Seberang Jaya. Banyak yang tak recommend kat sini pun lantak la..Kang buatnya takde plak incubator tu kat Hosp Selayang, satu hal lagi.
- Tapi tiba-tiba time mandi pagi2 tu, aku boleh pulak tukar fikiran. Tak nak! Nak balik Rawang jugak! Nak bersalin kat Hosp Selayang jugak. Senang sket. Tak payah nak travel jauh-jauh lepas pantang nanti.
- Cik Pu dengan rasa berat hatinya, turutkan aje.. (-_-') Drive la dia dari Bertam ke Rawang..ngeh ngeh ngeh.
- Sampailah kami kat Rawang. Rehat2 & chill2 dulu..esok kita pergi Hosp Selayang.
18.10.12 Khamis
- Hari ni kami pergi Hosp Selayang. Kami : Aku, Cik Pu & Encik Ayah. Pergilah aku dan Cik Pu ke LR Hosp Selayang. Sementara Encik Ayah pergi park kereta.
- Terkejut staff nurse + Dr kat situ bila dapat surat referral tu. Siap semua pakar kat LR turun jumpa aku. Dorg marah Dr Hosp Seberang Jaya sebab Dr Hosp Seberang Jaya x booking betul2 incubator tu dengan dorg. Haih. Bincang punya bincang, check punya check, Dr Pakar tu kata aku terpaksa balik Penang balik, bersalin kat Hosp Seberang Jaya. Sebab dia dah tanya semua hosp kat Lembah Klang pasal incubator tu, tapi semua full. Dorg pun full - ada 40 incubator tu, tapi ada 50 baby..hai, macam mana tu? Wad bersalin pun penuh, katil utk ibu pun takde. Kalau nak tunggu jugak, tunggulah ko kat kerusi2 LR tu...haih..Kesian aku tengok mak buyung yang lagi besar perut dorg drpd aku.
- Kat sini la first time aku kena seluk..cet! Terperanjat eden..tiba2 seluk jari masuk bawah!
- Petang ni jugak kitorang balik Penang..hai, apa la nasib..sob sob sob. Ingatkan taknak penat lepas bersalin, rupanya ni menempah penat 3-4 kali ganda la pulak. (T_T)
Ada hikmah jugak balik semula ke Penang..
Dapat berhenti rnr Sg. Perak - makan ikan patin masak tempoyak! nyum!
19.10.12 Jumaat
- Pagi ni kemas-kemas rumah dulu. Lipat-lipat mana yang patut. Cik Pu sapu-sapu mana yang ada. HAHA. Nampak sangat selama ni baring je kan..tak pernah berkemas..huehueheu. Al maklumlah, family I nak datang..imej kena jaga jugak uoolls!
- Dalam pukul 10.00+ pagi baru pergi Hosp Seberang Jaya. Time tak pergi lagi hosp tu, Puan Emak + Encik Ayah dah telefon2 dah, tanya apa cerita semua..Tapi, kitorang relax lagi kat rumah. Oh, sebenarnya bukan relax - tapi sibuk berkemas..huehueheue.
- Bila dah sampai LR Hosp Seberang Jaya, dia admit-kan aku ke wad 9. Dr kata hari ni aku relax2 je dulu, esok baru dia bagi induce yg-1..ok Dr, saya relax. (Relax dalam pasrah)
20.10.12 Sabtu
- 6.00 pagi Dr bagi Induce yang-1. Dr masukkan tablet kat bawah. Tak la sakit mana kalau nak bandingkan dengan terperanjatnya aku kena seluk hari tu. Oh, time ni tak rasa lagi macam mana rasa contraction, so takleh nak bandingkan dengan contraction..huehuehue.
- Lepas Induce 1 tu, aku dengan sorg patient lg dok kulu kilir berkawad dalam wad. Kan orang kata, kalau banyak berjalan, cepat bukaan..Baiklah, makcik turutkan. So, berjalan2 la aku dalam wad tu. Nak keluar tak boleh, kena marah dengan Mak guard..haha
- 12.00 tengahari tu, Dr check bukaan. Tengok2 baru bukak 1cm. So, Dr bagi ubat induce yang ke2. Tempat sumbat tablet macam biasa, kat bawah..huehuehue
- Lepas pukul 1.00 tengahari tu, aku dah tak boleh nak bercakap/makan/pandang sesapa dah. Rasa macam nak pukul je semua orang. Contraction dah datang. Kejap2 perut mengeras. Dalam 5-6 minit sekali. Haduyai. Time ni, nasik yang terhidang kat depan mata pun rasa dah tak sedap. Padahal, kalau selalu-selalu nasik terhidang, akulah yang makan dulu..tanda sedapnya makanan free..hahaha!
- Lepas tu rasa mengeras perut tu datang 3 minit sekali. Dari petang sampai la malam tu. Berterusan sampai esoknya. Malam ni memang aku tak tido langsung la..nak baring tak boleh, nak duduk pun tak boleh. Bila berjalan, rasa kurang sikit. So, ada jugaklah tengah2 malam tu aku merayau2 kat wad tu. Staff nurse kat kaunter wad tu pun macam dah paham2 dah dengan keadaan aku..huhu.
- Time ni memang rasa insaf gila sebab selama ni suka buat jahat dengan Puan Emak & Encik Ayah. Rasa bersalah kat Cik Pu sebab banyak buat dosa. Rasa bersalah sangat kat ketiga2 orang ni,,huaaaaa! Time ni baru ingat pengorbanan semua orang.. (T_T)
-Pagi ni macam biasa. pukul 6.00 pagi Dr check berapa bukaan. Kalau tak bukak, dia akan tambah lagi 1 tablet utk kali ke 3. Tapi, Alhamdulillah bila seluk2, Dr kata dah bukak 4cm. Dia suruh mandi2, breakfast dulu, siap2 barang baby tolak pergi LR. Time ni aku macam dah takde perasaan. Ok, nak tolak LR lagi cepat lagi bagus. Aku siap2 call Cik Pu suruh datang hosp. Aku tunggu Cik Pu sampai dulu, baru pergi kaunter wad serah diri pergi LR pukul 8.30 pagi.
- Masuk LR, dia seluk lagi. Haih. Hidup beberapa hari ni pasrah jelah asik kena seluk. Dah rasa macam tak rasa pape..huehuehue.
- Sampai satu tahap tu, rasa nak terberak sangat2. Aku menjerit la.."nak berak..nak berak..". Tak pasal2 kena marah dengan staff nurse & Dr. Dorg kata bukaan aku x bukak sampai 10cm lagi, so tak boleh teran, Masalahnya memang betul2 aku nak terberak pun. Last2, terberak jugaklah kat situ.haha. Siap terkencing bagai atas katil tu. Siapa suruh tak percaya..kan dah kena bersihkan..kuikuikui
- Pastu tiba2 sorang sister p cucuk ubat kat punggung aku. Dia kata "kita bagi ubat tahan sakit sikit ye..". Haih, tak tanya aku pun aku nak ke tak.. (-_-;)
- Pastu dia tambah ubat bagi kuatkan rasa contraction kat tangan. Makanya, lagi sakitlah rasa contraction aku. Tapi, disulami rasa mengantuk yang amat. Aku rasa penangan dari ubat tahan sakit tu la kot..huhu. Sempat lagi terlelap2 time tu..hahaha!
- Tak lama tu, aku rasa nak terberak lagi. Dr seluk lagi - nak tengok berapa bukaan. Dah naik 5-6cm. Tapi aku dah tak tahan dah..terus teran. Dr dah macam panik2 dah..tapi usaha aku tak berjaya..huhu..Dr macam dah fed up jugak la, sebab banyak kali aku kata nak berak, nak berak. Tapi bila try teran, aku tak pandai teran..huh!
- Last2 staff2 nurse kata "mai la, akak tolong kau". Terus dia suruh teran. Memang susah gila proses nak teran tu bagi aku. Sebab nafas aku pendek2 & tak pandai sambil teran, sambil curik nafas..huhu..sampai ada budak praktikal kena marahlah dengan aku.."cepatlah sikit!"
- Pastu aku kena marah balik ngan sorg staff nurse "Kau nak beranak, kau marah2 orang ye..". Aku manalah nak perasan. Kan ke tengah sakit time tu..Yang budak tu pun buat kerja macam lambat je kan time tu, yang aku pulak tengah sakit yang amat..haha..marah tak marah jugaklah aku. Tapi, aku dah mintak maaf lepas bersalin tu ye... :)
- Teran punya teran..lama jugaklah masa tu..sampai satu masa, teran tapi anak tak keluar2. Pastu macam rasa fed up dah nak teran, sebab dah takde tenaga. Last2 staff nurse suruh aku pegang kepala baby kat belah bawah tu, nak kata....yang memang baby dah nak keluar...so, sila teran lagi kuat!
- Teran punya teran. Sorang staff nurse tunggu menyambut kat bawah, sorang naik kerusi nak tekan perut, sorang student praktikal tunggu kat kepala aku - menenangkan aku la kot? dan beberapa orang lagi student praktikal...lantaklah korang. Aku dah sakit ni, apa ada hal. <(-_-')>
- Dan akhirnya setelah bersusah payah menghadapi segala macam dugaan, Alhamdulillah pukul 3.00 petang tepat, aku selamat melahirkan anak perempuan. Tapi time aku Dr tak pulak tanya anak perempuan ke lelaki ke, terus dorang bagi O2. Aku suspek mesti anak nak lemas kot..huhu..Pastu terus dorang mandikan dia, dan baru aku jumpa Irdina Zara.
- Pastu tiba-tiba student praktikal tu kata dengan aku, "kak, Ayah dia nak jumpa dia..". Macam terkejut jugaklah aku bila dengar statement macam tu..haha..siap request nak jumpa anak lagi..haha
- Bila dah siap2 semua, siap makan, siap minum susu & milo dalam LR, dorang tolak troli ke wad 9 pukul 5.30+ petang. Kat luar LR dah nampak Cik Pu, Tok, Mak mertua & adik2 ipar....
Bermulalah kehidupan kami & Irdina Zara Binti Muhd Naim ni....... :)
2 comments:
Terbaik!!!!bile la ak dpt jmpe bdk irdina ni..
bila ko datang umah aku...haha
Post a Comment