Irdina Zara & Kuning


Assalamualaikum semua,

Semenjak dapat anak ni, terasa macam pijak bumi tak cukup tanah. Masa cepat je berlalu. Kalau lambat sikit je, habis lari timing semua aktiviti lain yang ada..huuuh! Dari tengah malam berjaga anak nak susu, pagi2 dah tak boleh tidur macam dulu dah (keh keh keh), pagi terus kena mandi awal sebab makcik mengurut datang nak urut, pastu mengepam, bagi susu, pastu mengepam balik, pastu menyusu, bla bla bla. Pokoknya memang bizilah jadi suri rumah sepenuh masa ni..haha! Nasib baik cuti 3 bulan..dapatlah masa nak sesuaikan semua ni..chaiyok!

Oh, hari ni aku nak cerita pasal baby kena kuning (jaundice).

First & Second day lepas Irdina Zara dilahirkan kat Hosp Seberang Jaya, Dr kata dia ok, tak kena tahan kat wad ke apa sebab kuning, tu yang hari ni bersalin esok boleh keluar tu. Tapi bila masuk hari ke-3/4, tiba2 kuning dia nampak kat muka & badan..haih! Nurse yang datang kat umah tu pun kata memang ada kuning.

Hari Rabu 24.10.12 memang plan nak balik Rawang dah dengan Puan Emak, Encik Ayah, Adik, Cik Pu, Aku dan Irdina Zara..Tapi, sebelum balik tu kena pergi Klinik Kesihatan (KK) Kepala Batas dulu la pulak, check Total Serum Bilirubin (TSB)..Terpaksalah Puan Emak, Encik Ayah & Cik Pu pergi bawak Irdina Zara ke KK.

Lepas tu, bermulah episod check kuning Irdina Zara sampailah hari Khamis 25.10.12, kami check kat KK Serendah, TSB dia naik sampai 265 u mol/L. Dr terus buat referral letter suruh pergi Hosp Kuala Kubu Baru, masuk wad..hai, sian la anak ibu ni.. (-_-;)

Duduklah kami kat Hosp Kuala Kubu Baru sampai hari Sabtu 27.10.12. Makanya Hari Raya Aidiladha 2012 kami adalah kat hosp..huhu..Sayu memang sayu. Lagi2 time TSB irdina Zara naik sampai 300+ lebih. Wooh, sedih gila. Dari 1 lampu photo tu, dia tambah 3 lampu la pulak, Atas bawah tepi. Duduklah Irdina Zara dalam balang kosong tanpa tilam.

Waaaa..menitik air mataku. (-_-;)

Ni masa hari pertama kat hosp - khamis 25.10.12
Masa ni still 1 lampu je lagi.....


Ni bila kena tambah lampu atas bawah tepi...huaaaa!


Keadaan bila dah kena tidur tanpa tilam...meraung abah, ibu & nenek dia...huhu


Ni bila TSB dah kurang sket..so Dr reduce lampu tepi...huhu :(


Macam2 petua dah try..sengkuang cina? mandi air kuning? buat ms ni tak menjadi.
Tapi, bila aku try air perah anggur hitam + ibu minum hi goat + bagi direct bf + susu ibu dlm botol = Alhamdulillah berjaya turun sket..,
 Setakat ni TSB dia still atas 170. Dr nak monitor smpai hari ke 20.
Kesian kat dia, hari2 kena berulang ke KK Serendah kena amik darah.
(T_T)

Semoga Irdina Zara cepat sembuh!


Comments