Status sekarang


Assalamualaikum semua,

Buat pengetahuan semua (terutama Cik Pu - Suami tersayang), aku baru habis siapkan satu assignment yang duedate-nya 9-11-12 ni. Ye kawan-kawan, tarikh duedate-nya Jumaat ni. Terasa hebat bila ibu-dalam-pantang ni dapat berjaga sampai almost pukul 2++ pagi sebab nak buat assignment (sambil curik2 taip entry) tak kena marah dengan Puan Emak.. Kalau Puan Emak + Encik Ayah tahu ni, matilah aku, kena bebel 44 hari, 44 malam....huh!   <(-_-')>



Oh, tetiba saat tengah taip ni, Puan Emak terjaga pulak...ngeh3

Aku just nak update status Irdina Zara sekarang. 

Hari ni dia dah masuk 18 hari.

Baru selasa 6.11.12 lepas kami (Aku-Cik Pu-Encik Ayah) pergi Klinik Pakar Paed Hosp Selayang, setelah Dr KK Serendah refer dia ke Hosp Selayang.
Sebab - even dah lebih 15 hari, TSB Irdina Zara still tak turun2 lagi...huhu

Irdina Zara kena amik darah lagi. dan lagi. dan lagi   :(

Tapi kali ni kat tangan pulak - dan depan mata aku & Cik Pu. Tak sampai hati rasanya nak tengok semua ni  :(
Tapi apakan daya.



Aku siap tanya lagi kat staff nurse tu, test apa nak buat - sebab nak dekat 3-4 tube dia amik darah.

Dia jawab : TSB (lagi dan lagi dan lagi), TSH, FBP, LFT, RFT dan lain2...termasuk Urine FEME & Culture.

Next appointment 14.11.12

Kita tengok mcm mana result dia....





Irdina Zara,
cepatlah sembuh...Kami semua sayang kamu!
:(


Comments