Buku Perancangan kita

Assalamualaikum,

Setelah sebulan lamanya aku ke kursus intensif, kini tibalah rutin hari jumaat yang selalu kitorang buat.

Balik kerja zasss amek Irdina dan terus tengok perkembangan "rumah pinjam" kami.

Nampak gayanya macam bulan depan dah boleh masuk.

Semua dah siap. 

Cat luar dalam rumah dan rumput padang depan rumah sedang ditanam.

Aku macam takde perasaan je nak pindah masuk rumah baru.

Haih.

Mungkin terlalu penat kot.

Takde masa lagi nak belek-belek apa yang patut.

Mula-mula dulu, sebelum p intensif, beria la jugak aku + Cik Pu.

Siap ada buku nota bagai.


(Mukasurat depan tazkirah - bagi insap sikit...wakaka)


Lukisan pelan oleh orang bukan arkitek..ginilah gayanya!


Sekarang, buku nota tu....Irdina yang selalu rujuk. 

Cait.





Macam nampak-nampak sekarang ni..yang paling penting sekali bila nak masuk rumah adalah pasang grill.

Aku macam biasalah..

dah ada 1 folder khas dalam laptop + hardisk bertajuk "ruang idaman".




 - Ruang idaman sangat!

Dalam folder tu..mana-mana pemandangan dalam rumah yang "sejuk mata" memandang, aku masukkan dalam tu, buat simpanan.

Folder tu sangat berguna bila aku nak start buat assignment, buat kerja kat lab dsb - benda2 yang melibatkan mood rajin perlu datang dengan segera..

hahaha

entah hapa hapa!


Baca lebih lanjut : Our New Home Journey



No comments: