Susun atur Kabinet Dapur



Tetiba blog  ni transform jadik blog susunatur kan...motiiiiiiiiiiiiiiiiip?

*hahaha*

Ni semua gara-gara hari-hari dok belek blog organizing la ni...

Lepas dah belek-belek, tergeram pulak...pastu...macam terpaksa la pulak buat kan..

*hahaha*


Petang semalam..

balik kerja terus desak Cik Pu p kedai hardware & kedai buku Adam kat Kepala Batas

*desak ok!*

Nak carik keperluan check defect rumah baru untuk esok dan nak buat penambahbaikan dalam kabinet dapur sikit...

Almaklumlah..dalam senarai to do list rumah baru kami takde pulak nak tambah kitchen cabinet kan..

Makanya..terpaksalah kita memantainkan kabinet dapur yang sedia ada..

Money constrain katanya..

*hahaha*




Banyak benda yang aku beli kat kedai buku Adam, tapi tu bukan projek untuk entry kali ni..

Yang aku nak cerita..hanyalah barang yang dibeli kat kedai hardware saja..

So..untuk nak buat penambahbaikan tu, aku memerlukan semeter tikar getah yang cantik lagi menarik pada pandangan mata aku

- sebabnya...yang nak tengok dan hadap hari-hari adalah aku sorang je..  :p


Harga semeter tikar getah = RM 10.00




Yang tikar getah kami beli ni dah siap garisan grid kat bahagian bawahnya..

So, senanglah nak ukur dan potong dengan gunting..

Pastu...potong layer by layer kabinet dapur tu..

sap sap soi...siap  :)


Kabinet dapur kami ni ada 3 compartment - 2 bahagian berpintu dan 1 bahagian laci

2 bahagian berpintu tu, aku buat :


1 - letak consumable items, dimana stok dan barang yang dibeli tetiap bulan. 
Mostly kat sini semua makanan la..


Sebelum :


Selepas : 


2 - Aku bahagikan kepada dua level

Level atas kita letak segala pinggan mangkuk & tupperware

Level bawah kita letak stok consumable yang bukan makanan


sebelum :



Selepas :




Pastu...1 bahagian lagi yang berlaci, which is ada 3 laci kesemuanya..

Bila bukak malam tadi..rasa macam baru realise...macam sarang tikus pun ada..

*hahaha*


1 - Laci atas sekali

Sebelum :
 (nampak tak kesan terhakisnya..)


Selepas :



2 - Laci level 2

Sebelum : 
wakaka...ni dah tahu dah...kerja siapa........orang yang rajin buang sampah, Cik Pu!

 Selepas :



Level 3 - Aras bawah sekali

Sebelum :
Pitam!  (-_-')


 Selepas :


Banyak lagi yang kena improve dan tindakan ni..

Kena label, kena balut compartment, dll...- ni kalau ada kerajinan & masa yang lebih lain kali aku sambung balik.. :p


Tapi..bila dah buat penambahbaikan ni..rasa macam best je walaupun tak seberapa..

Setiap kali lalu dapur...tetiba.bukak pintu kabinet

*hahaha*

Pastu siap cakap dengan Cik Pu..."nilah benda yang saya suka buat sebenarnya"


......tapi selalunya takde masa dan kerajinan...(dalam hati)  ;-]


So, lepas ni ingat nak buat projek Household Bill Binder plak

barang-barang pun dah ada..cuma tengah kumpul idea & konsep je macam mana..

Nanti aku update lagi yek!



No comments: