Dapat Kunci Rumah Baru


Setelah sekian lamanya menghitung hari.........akhirnya!

.......akhirnya apa ye kawan-kawan?


krik krik........krik krik


*hahaha*


akhirnya.....hari ni kami dapat kunci rumah baru kami...weeee!



^_^

Alhamdulillah..

Punyalah semangat laki bini.....hari ni terus amik cuti 1 hari.. 

*hehehe*

Selain kunci...ada beberapa lagi surat & borang penting yang diserahkan oleh developer dan kami perlu uruskan

Termasuklah Borang defect, TNB, PBA, Borang F & Cheque baki deposit



Alhamdulillah..dapat semula duit baki deposit hari tu...

Dapatlah kami laki bini buat topup apa yang patut... :)



Tapi...sebelum ambik kunci tadi-tadi tu...haruslah hantar anak ke pengasuh dulu..

Sat lagi..tak jadi kerja dengan budak ni..

*muka innocent 2 beranak*


Ni suasana masa ambik kunci kat developer Bertam Properties Sdn Bhd

Kau dapat bayangkan tak buatnya Irdina berkuntau kat tengah-tengah tu?

Oh...aku tak larat nak bayangkan..

Sat lagi...kunci ke mana..kami ntah ke mana..

*nanges ramai-ramai kat situ*

^_^



Setelah kita hantar Irdina dan dah dapat kunci....makanya marilah kita beramai-ramai ke rumah baru untuk melihat defect yang setia menunggu untuk di check

Segala kelengkapan dan peralatan siap siaga digalas untuk berkhidmat....wakaka



Tugas secretary pun diambil alih untuk menulis minit mesyuarat apa yang patut...

(padahal...tak tulis apa pun kat kertas...eksen je lebih tu...wakaka)



 Alhamdulillah...dalam bab check mengecheck ni...mata Cik Pu lagi teliti rupanya..

Segala jenis mak nenek crack / retak / rosak / ketidakpuashatian dia nampak..

Kagum betul aku..

Ingatkan aku sorang je cerewet plus teliti...tapi, dalam bab-bab ni rupanya dia lagi alert..

So, dalam proses teliti menteliti ni..kita serahkan pada yang pakar..

Kenapa?

Tak percaya ke?


Kau tengok..ko tengok...


See...I was told you already...sampai panjat-panjat kau! 

*hahaha*


Sekarang, kau nampak tak kegigihan laki aku di mana?  

*hahaha*

 dan........inilah hasilnya


Tapi...masa check defect rumah ni bukan kitorang je ada..

Ramai lagi watak sampingan..

Contohnya macam gambar kat bawah ni :


Kau nampak tak yang kat luar pagar tu?

Tu namanya kontarktor yang berkeliaran..

Masa kami-kami termasuklah jiran tetangga datang rumah tadi..ramai gila kontraktor berpusu-pusu sua kad business dorang

Ada yang buat grill, siling plaster, tambah rumah, awning..kau cakap jelah nak buat apa

Naik pening aku

Sampaikan nak check defect pun tak rasa kedamaian..

Sekejap-sekejap tergendala ada kontaktor datang

Ada la dalam 7-10 orang kesemuanya..

Nasib baik Cik Pu "pen-deal" yang sangat soft..

Dia p kat kontraktor-kontraktor tu..dia cakap baik je aku dengar..

Kalau aku yang deal...mau esok kena bom rumah...

kah kah kah

:-P


Selain tu, kami dapat berkenalan dengan jiran baru..

Tapi, jiran belah kiri je lah..Belah kanan tak datang-datang lagi..

Mungkin dok jauh kot?

Ntah....kami pun tak tahu.

Lupa pulak nak mintak contact no. jiran sebelah-sebelah kat developer tadi..

Kalau tak...boleh calling-calling @ mesejing-mesejing

Pastu...bolehlah kita buat mesyuarat tingkap...

kah kah kah

ok, tak kelakar.



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


2 comments:

Rosmawani♥ said...

Alhamdulillah..:) best2...
Romantika tu area padangtemusu..sebelah dengan tmpat futsal :)

Unknown said...

Bestnya...good luck ye....