Pindah rumah

Classification :
Seperti yang korang tahu daripada teaser sebelum ni...

kami dah pindah rumah baru...

yeay!



Alhamdulillah...aku kira ni rezeki Ramadhan tahun ni.

Kami pindah betul-betul seminggu nak puasa hari tu..

Penat jangan cakap la..

Memang gila-gila-gila penat dia...

Lepas aku straight away habis exam hari tu, terus packing barang 1 rumah, pastu takde rest, terus pindah..

Lepas pindah..terus nak kena kemas rumah baru pulak.

Lepas dah kemas rumah baru...masuk puasa pulak..

Memang menangis la rasanya..

........


Berbalik pada perpindahan kami...

Aku bersyukur sangat semuanya berjalan lancar

(walaupun ada beberapa perkara yang tak smooth sangat..)

Tapi...Biasa la kan..mestilah ada beberapa benda yang terbabas jugak..

Kami pindah seperti hari & masa yang dirancang...

Cumanya..tentatif aktiviti perpindahan tu dah terbabas..

(wah kau...tentatif bagai pulak!)

Kami kan pindah time orang balik kerja..

bab-bab nak mengangkut barang-barang berat memang takde masalah...

kawan-kawan Cik Pu ramai...semua boleh diharap..

Cuma..dah aku katakan dari sebelum ni..barang kami banyak..

Start angkat barang pun lepas balik kerja

Makanya...waktu tu dah terbabas sikit ke maghrib..

Nak dekat pukul 8.00 malam baru nak settle angkat semua..

Tapi...bagi aku tu semua small matter..masalah tak berapa besar sangat la..hihi

Yang masalah besarnya...Aku lupa nak wrap semua perabot...

huahuahua..nagis beramai-ramai

Biasalah..dah nama pun rumah sewa 2 tingkat..

bila nak mengangkut perabut-besar-tak berapa nak besar tu, off course la ada yang terguris kannn


Samalah jugak tergurisnya hati ini...

(perrghhh...ayat kau!)












Selain tu...

yang aku rasa keputusan yang berbaloi sekali aku buat adalah....

tempah makanan untuk kawan-kawan Cik Pu yang angkat barang tu kat akak sebelah

Dan siap tempah air teh 'o' lagi...hehe

Memang berbaloi dan puas hati..

Tak perlu nak susah-susah kecah-kecahkan dapur nak masak time nak pindah..

......

Pastu...

yang rasa berbaloinya bila kami pack barang dengan teratur dalam setiap kotak.

Lepas dah penuh kotak tu..terus tampal salotip dan label siap-siap apa yang ada dalam kotak tu dan nak letak bilik / kat mana..

Bila nak angkat pun senang - terus allocate masuk dalam bilik...

bila nak mengemas kat rumah baru pun senang...boleh plan apa nak kemas dulu..

So, kerja pun mudah sikit..taklah nak mengemas 2-3 kali kannn...




Lagi...

Bab sewa lori...mudah je..

Kami arrange dengan kawan ofis kami merangkap kawan Cik Pu

Cakap je hari apa nak pindah..masa bila...

Dia siap sedia untuk berkhidmat..hehe

Kalau tak silap lori dia 3 tan..so rumah kami memerlukan 2x trip..

Kos untuk sewa lori - 2x trip tu dia amek dalam RM180+

Kalau kawan-kawan area Bertam - Sungai Petani - Kulim atau yang dekat2 nak gunakan perkhidmatan lori,

korang boleh contact :

Jat 
012-5600399

Pastu...bagitahulah yang korang dapat contact tu dari blog aku.. :)

Manalah tahu dapat murah ke...hehe


Next : Cuci rumah


Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback