Dan sebenarnya


Ingatkan lepas balik dari bercuti di langkawi baru-baru ni nak terus update kat blog...

Rupa-rupanya terpaksa ditunda

dan...

ingatkan diri ni sekuat besi dan secekal siti mariam...

Rupa-rupanya serapuh kerepek kentang..

dan...

ingatkan lepas balik dari percutian-macam-tak-percutian-sangat-di langkawi hari tu bolehlah aku berehat-rehat menyegarkan kepala otak..

Rupa-rupanya ada berita sedih yang mengundang..

....huhuhu...


Inilah yang dikatakan kita hanya merancang,

Allah jualah sebaik pengatur dan perancang segala-segalanya.. :]

......

Yup...

weekend cuti Merdeka hari tu kami ke Langkawi..

Ikut rombongan family day belah Engineering Cik Pu

Sepanjang pemergian kami ke sana kali ni....kami agak letih jugaklah

Agaknya Irdina Zara lagi letih kot?

Sebab dia kena cirit birit sepanjang perjalanan kat sana..


Sampai terpaksa bawak p Hosp Langkawilah malamnya tu..

Ok, takpe..

cerita langkawi tu kita cerita lain kali la..bila aku dah sihat sikit nanti..

........

Dan keadaan sekarang ni,

Dua hari dah aku collapse lepas dapat tahu Wan meninggal hari Rabu hari tu

Rasa macam tengah kena morning sickness dah ni..

pening kepala..sakit tekak..selsema...demam..rasa loya nak muntah..

Semua ada..

Paling tak tahan...nak bangun tak larat..sakit kepala..

Ni pun...sekejap taip..sekejap berhenti...pening

Tapi...aku bosan tahap dewa dah ni....tak tahu dah nak buat apa..


Rasa sejuk-sejuk ja kaki...macam orang lepas pantang pun ada..

Padahal..Allah baru tarik beberapa nikmat je pun kannnnn..

.....

Ingatkan jiwa dan raga aku sekuat besi dan secekal siti mariam..

rupa-rupanya...collapse 2 hari tak bangun

Mungkin sebab......rindu

Ye....sebenarnya aku rindu...rindu arwah wan (nenek)

Dialah yang selalu ajar mengaji Al-Quran masa aku kecik-kecik dulu..

Dan dialah yang hadiahkan Al-Quran kesayangan dia kat aku..

huhu..


Semoga arwah wan tergolong dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman..

Ya Allah, kau ampuni dosa-dosa wan dan Kau permudahkanlah perjalannya ke syurga..amin



Dan sebenarnya...........Aku rindu... 

Dan sebenarnya...........Aku tak mampu...



0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback