Tempatan Festival : bookAwear


Setelah memborong buku kat BBW hari jumaat tu, kami terus shot balik Aloq staq

Alkisahnya Cik Pu sebenarnya memang dah plan lama dengan kawan dia nak jaga booth hari sabtu tu..

Dan sebenarnya hari sabtu tu jugak lah lab aku ada buat kursus Uncertainty Measurement..

Makanya terpaksalah kita tak menghadirkan diri ke kursus  :P

Yelah..takkan nak bagi mak buyung drive dari aloq staq ke bertam kot kann

Pastu siapa nak jaga Irdina Zara bila mak bapaknya sibuk aktiviti luar kan..

So, atas beberapa alasan yang digunakan, bolehlah kita memonteng kursus  :P

....

Agak kebosanan jugaklah aku & Irdina Zara dok kat rumah aloq staq dari pagi sampai petang..

Cik Pu pulak dari awal pagi lagi dah keluar ke sana sampailah malam baru nak balik..

Tak larat dah aku nak bangun tido, tido bangun semula..

Last-last ajak adik ipar (adik Cik Pu) p tapak expo tu..

Nasib baik dia layankan je permintaan kakak ipar dia yang buyung ni kan..hehe

Tempatan Festival ni diadakan di Taman Jubli Emas Alor Setar, Kedah



Kalau ikutkan dari pandangan mata kasar aku, kebanyakkan yang datang pun ramai golongan-golongan muda je..

Yang tak berapa muda bukan takde, ada jugak..tapi tak berapa nak ramailah kot :P



Cik Pu kata syok gila pengalaman jual produk kat festival macam ni..

Pastu mula la berangan bulan dan bintang..hahaha

Kita layankan je lah kannn..

InshaAllah..manalah tahu satu hari nanti dia betul-betul buat apa yang dia angankan tu..*amin*

......

Disebabkan kawasan expo tu tersangatlah panas : crowded, tempat sempit, takde angin sangat sebab jerebu, aku pun nekad bawak Irdina Zara merayau-rayau area padang & tasik..

Walaupun jerebu, terpaksalah..kalau nak dok bertapa kat booth tu mau kami dua-dua pengsan..

Mula-mula tu tak tahu pulak ada ikan talapia punyalah banyak kat dalam tasik..

Patutlah sepanjang perjalanan ke tasik tu nampak ramai gila orang jual makanan ikan yang di pack kecik-kecik..

Aku fikir.....kalau nak beli, kami tak bela ikan  :P

Sampai-sampai kat tasik...tengok tu diaaaaa...banyak gila ikan!

So, kat situ dapatlah Irdina pengalaman bagi ikan makan..

*tapi sayangnya takdan nak amek gambar sebab aku dok pegang Irdina Zara yang terlalu excited sampai nak masuk ke dalam tasik*



Lepas bagi ikan makan tu, next aktiviti adalah mengejar belon buih kat padang..muehehe

Aktiviti ni selalu je buat kat Vision Park Bertam nun..

Tapi disebabkan lama dah tak keluar ke sana sebab jerebu, makanya kita qada'kan hajat Irdina kat Taman Jubli ni je lah..

Seronok dia dapat berkejaran dengan belon buih tu..

Walaupun belon buih tu orang punya kannn..muehehe

Budak-budak muda yang main belon buih tu pun macam syok je buat belon kat anak aku..kira ok la tu kan..

win-win situation la orang kata...HAHAHA

Yang gambar atas - belakang tu budak-budak tengah berlatih lipat-lipat badan tu..apantah nama dia..

Berseni sungguh..

terbeliak mata makcik menengoknya dik :P

....

Oh ya..kalau ada sesapa berkenan nak beli cap (topi) SALAM ke, t-shirt SALAM ke, tote beg kanvas SALAM ke dan lain-lain lagi merchandise depa, bolehlah p beramai-ramai ke :

ig : bookAwear 
Fb: booka solutions

Dengar cerita, Lah VE & Ustaz Don pun pakai cap SALAM depa... :)



0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback