Apple Baby House (Alor Setar)


Dah merayau 2 hari jumaat & sabtu tu, Ahad sebelum balik Bertam haruslah carik barang-barang keperluan untuk 2nd baby pulak..

Kali ni mak dah tak sabar-sabar nak beli barang baby..

padahal tak tahu jantina anak lagi (even sekarang dah 5 bulan plus plus)..

lagi pun kalau nak diiukutkan, ada banyak bulan lagi nak deliver..muehehe

Tapi memandangkan mak buyung ni ada tabiat bershopping sejak 2 menjak ni, Cik Pu layankan ajelah..

Dan memandangkan kat group whatsapp ibu-ibu geng pakatan mengandung dok update masing-masing p Apple Baby House, lagilah aku mengelupur nak p..

(as i mentioned before, perempuan dan shopping bagai aur dengan tebing :P)

Dahlah kat Alor Setar (Jalan Putra) pulak tu kannn..dekat dah tu dengan kampung halaman Cik Pu..


(sumber : google)



Bila sampai betul-betul depan kedai tu, baru kami realized rupa-rupanya kedai baby ni kami pernah pergi dah masa pregnant 1st baby hari tu..

Tapi takpelah kan..dah alang-alang sampai kita tengok la range harga kat kedai ni..

Kedai ni ada 2 tingkat : semua kelengkapan baju @ barang-barang keperluan baby lain ada kat tingkat bawah

Kat tingkat atas ada katil-katil baby, basikal, stroller, carrier dan seangkatan dengannya.


 




Aku terlupa pulak nak amek gambar kat area tingkat bawah  T_T

Tapi yang bestnya kedai ni ada playground khas untuk budak-budak main sementara maknya sibuk shopping 

Dan lagi...kat sini ada jual banyak pilihan breast pump..

dan bestnya spare part pump madela pun ada jual, even yang kecik-kecik punya part  :)

Pastu kalau kita buat pembelian atas RM 150 (kalau tak silap), automatically akan dapat member card :)








Kalau dah kata nak shopping untuk 2nd baby, off coslah anak 1st akan enterprem sekali kannn..

Hmm..terasa macam nak belikan dia basikal macam gambar kat atas ni satu..

Tapi memikirkan dia dah ada basikal yang jenis tolak-tolak tu kat rumah, rasanya terpaksa fikir 2 kali...hmmm




Dan inilah hasil dari p melawat kedai Apple Baby House...kuikuikui

Untuk 2nd baby kali ni ada beberapa barang je yang kena topup dan beli

Yang selebihnya pakai yang Irdina Zara punya

Dan hadiah gambar atas tengah tu untuk anak BFF iols - Adryan..tapi tak tahu nak pos bila....ngeee

......


So, sesiapa yang berhajat nak p melawat atau nak menjamu mata, bolehlah ke :


No. 97A & C, Seberang Jalan Putra, 05150 Alor Star, Kedah.

Shop Tel : 04 - 732 6773,   Fax : 04 - 733 6773

H/P : 016 - 442 6773 / 010 - 766 4773 (10am-7pm)


Email : applebabyhouse@gmail.com



No comments: