Eh?

Cak! 
Lama tak jumpa. Nak menaip pun taip padam taip padam dah ni. Skill mereput gamaknya.

Alhamdulillah. 
Sekarang aku officially dah jadi mak kepada 2 orang budak. Irdina Zara dan yang terbaru, Luth Zafran. Boleh tahan jugak cabarannya eh. Kalau kaki boleh jadi tangan, dah lama dah kaki dok setaraf tangan buat kerja sama-sama. Apsal mak-mak anak ramai tak pernah cerita benda-benda ni semua kat aku eh?



Sebenarnya aku teringin sangat nak bukak entry pasal travelog kelahiran si budak Luth ni. Tapi memandangkan masa yang ada sangat-sangat terhad, dan aku pun tak berapa nak gigih bangun malam-malam buta bukak imac semata-mata nak menaip entry, kita zikir-zikir je la keinginan tu..sat g Cik Pu kata buang tebiat ke apa. Nak buat assignment untuk master ke apa? (Eh..aku dah habis pjj degree, yeay!)

Waktu sekarang ni agak free. Cik Pu p meeting AJK kawasan perumahan ni haa..2 orang budak ni tengah berlawan siapa berdengkur paling kuat. Aku? Tengah rajin duduk kat kawasan kaki depa menaip entry kat phone cikai ni..Boleh kejung tangan jugak dibuatnya. Apsal masa bercinta dulu mesej berjam-jam tak rasa kejung pun eh?




Comments