Pajak & Tebus Emas

Baru-baru ni ada lalu satu Reels kat Facebook aku berkenaan pajak gadai tebus emas


Caption : 

Teknik Overlap Emas adalah Tipu Helah Lama Yang Sedang Buat Comeback

Bila emas digadaikan di Ar-Rahnu, emas itu menjadi milik Ar-Rahnu & kita mendapat duit pinjaman 60% - 80% nilai emas tersebut. Tempoh gadaian biasanya 6 - 12 bulan.

Untuk emas itu menjadi hak kita semula, kita perlu bayar kos upah (1% - 1.5% setiap bulan) + jumlah pinjaman 60% - 80% itu. 1% bunyi murah kan? Tapi...

Lagi lama disimpan di Ar-Rahnu, lagi tinggi kos upah (12% - 18% setahun). 
Lebih tinggi daripada loan bank!

Jadi, berbalik kepada "gandaan emas" menggunakan teknik ini. Anda sedang menggunakan duit pinjaman Ar-Rahnu untuk beli emas baru.

Kemudian, emas baru digadaikan untuk beli lagi emas baru (dan cycle ini akan berulang).

Bermaksud yang bertambah bukan emas, tapi HUTANG Ar-Rahnu. Seperti kita tahu, hutang adalah satu perkara yang bahaya & boleh menikam kita pada bila-bila masa.

Ar-Rahnu adalah tempat untuk kita dapatkan pinjaman bila terdesak, bukan tempat untuk gandakan simpanan.

Itulah sebab ramai dah jatuh & HILANG SEMUA EMAS mereka sebab percaya dengan "ilmu" yang diajar oleh ejen-ejen emas yang sedang mengejar komisen.

Jadi, berhati-hati kalau ada dengar "tips" atau "teknik overlap emas". Ini adalah cubaan untuk menipu mereka yang tak familiar dengan dunia Ar-Rahnu.

Semoga bermanfaat. Follow & share untuk spread awareness supaya kita dapat elakkan masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan.



Bila aku amati dan baca caption termasuk komen-komen dalam Reels tu, 

aku terasa nak share experience aku pajak & tebus emas di Ar-Rahnu tahun ni.


Actually, aku dah start beli goldbar sikit-sikit dari harga emas RM100+ lagi

Dulu-dulu susah nak carik goldbar yang 1gram 1gram

Yang paling kecik pun tak silap aku 5gram

So, masa tu ada labmate yang agent/dealer emas PAMP Suisse

Aku & labmate sorang lagi pun belilah sorang seketul 5gram


Tak silap aku time ni harga seketul ni dalam RM750

So, bila calculate 1gram dalam RM150

Bila dah beli dan ada goldbar, tapi tak pernah buat apa-apa

Pajak tak pernah, jual pun tak pernah

So, tahun ni aku cuba-cubalah nak bagi "rasa-rasa" macam mana yang dikatakan pajak & tebus emas ni

So, awal bulan Mei hari tu aku ajak Cik PU ke Ar-Rahnu yang ada kat Pejabat Pos

Dengan berbekalkan 5gram goldbar PAMP Suisse dan sedikit keberanian, 

aku pajakkan goldbar tu

Terkejut aku bila Ar-Rahnu nilaikan emas tu sebanyak RM 2248.35

Banyak ya naik setelah lebih kurang 10 tahun berlalu

Lebih kurang 66.64% naiknya!

(Ada benarnya bila orang kata emas ni simpanan jangka sederhana/panjang - lebih 5-10 tahun)
........

Then, disebabkan aku newbie dan tak pernah ada rekod pajak, Ar-Rahnu bagi pinjaman 70% kat aku, iaitu sebanyak RM1573

Dengan duit sebanyak tu, berjolilah aku ke Acheh...kahkahkah!

Disebabkan pembayaran balik di Ar-Rahnu hanyalah menggunakan tunai, 

takde langsung option transfer, QR dan sebagainya dalam bentuk elektronik,

aku aseklah terlupa nak bayar

Aku bayar 2-3 bulan sekali RM500, sebanyak 2x (Total RM1000)

Dalam awal bulan Disember ni, ada 1 hari aku amek cuti untuk settlekan mana-mana hutang,

termasuklah hutang pajak Ar-Rahnu ni

So, aku tanya staf Ar-Rahnu tu berapa baki pembayaran yang masih tinggal

 (Last time Cik PU tolong bayarkan, staf Ar-Rahnu tak tulis baki)

Terkejut aku..baki RM699.72 lagi

So total bayaran balik = RM1699.72

Sedangkan aku dapat pinjaman hari tu = RM1573

So, total kos upah adalah sebanyak = RM126.72 dalam tempoh lebih kurang 7 bulan

Tak termasuk PA Insurans sebanyak RM8.65 selama setahun ya



Ok, mari kita bukak kalkulator kita dan sedikit ilmu akaun yang tak seberapa nak ada ni..

(Ok, tipu...aku chatgpt-kan aje...hahaha!)

Formula peratus kos upah = (Kos upah/Jumlah pinjaman) x 100

Anggaran peratus kos upah untuk tempoh 7 BULAN = (126.72/1573) x 100 = 8.06%

Anggaran peratus kos upah untuk tempoh SEBULAN = 8.06%/7 = 1.15% 

Fuhhhh! lap peluh!

Kos upah 8.06% untuk tempoh lebih kurang 7 bulan tu lagi tinggi dari kita dapat dividen setahun ASB yaaa

Lap peluh lagi sekali..hahaha!

......

Keluar dari Ar-Rahnu terus rasa insaffffff

Bila discuss balik dengan Cik PU, kalau betul-betul terdesak maybe boleh guna alternatif yang ni

Tapi kalau saja-saja nak pajak gadai, tak payahlah

So, aku pun puas hati jugaklah dapat experience sendiri pajak gadai & tebus emas yang ada

Walaupun hati sedikit pedih mengenangkan kos upah sebulan tu 1.15% tingginya...hahaha!

Kalau orang cerita, boleh dah la pertimbangkan balik 

Kadang-kadang nak peroleh ilmu, kita kena redah dan experience sendiri

Itulah namanya ilmu praktikal atau pembelajaran jalanan..

Lahhhhhh tiberrrr berfalsafah pulakkk..hahaha!


Jamuan Akhir Tahun 2025

Plip plop plip plop tahu tahu dah masuk bulan akhir tahun

Makanya...bersusunlah jadual Jamuan Akhir Tahun (JAT) 2025 untuk anak-anak

Ada jamuan, maksudnya apa puan-puan dan tuan-tuan?

Maksudnya kita as parent kena bekalkan duit atau makanan ke anak-anak kitalah

Benda taklah diwajibkan..tapi kau takkan takde common sense..haha!

Untuk kakak Irdina, JAT dia jatuh hari Isnin semalam semalam

Disebabkan dia duduk sekolah yang berasrama, aku QR kan duit jelah dekat guru kelas dia (Ustaz)

Dan kebanyakan parents pun sama, bekalkan duit QR je

Ada la jugak segelintir yang sponsor makanan macam sate, rambutan dll

Yang lain-lain semua Ustaz dia yang uruskan





banyakkkkk ya variasi makanan..meriahhh..seronoklah kakak Irdina tuuu...

Dia kan pemakan tegar = kuat makan...hahaha!

JAT kakak Irdina kali ni ada sesi pertukaran hadiah

So, aku & dia awal-awal dah sediakan hadiah versi random & unisex

Depa bajet atas RM20..ingatkan bawah RM20..aiyaa kakak!

Nasib baik kami dah sedia beli lebih dari bajet yang ditetapkan hari tu :)



Gambar-gambar yang dapat dari group telegram kelas kakak


Petangnya ustaz adakan jamuan ringan & minum petang pulak

Maybe banyak duit lebih la kot dari sumbangan parents untuk jamuan pagi tadi tu

Ntah ke...ustaz belanja...hahaha!

.........

Next day nya JAT kelas Luth pulak..





Gambar-gambar yang dapat dari group whatsapp kelas Luth

Mak is tak rajin nak masak masak atau baking baking

Tengok list makanan dalam group whatsapp pun banyakkkk sangat dah makanan berat & desert

Nak order pun mak is malas..hahaha

Yang rajin, aku nak packing-packing je

So, terciptalah "Sweet goodies"

Kami beli gula-gula selambak-lambaknya kat kedai borong jajan + kedai Eco

Then, plan nak beli plastik triangle pastu balut riben..

Skali pergi kedai plastik, plastik trianglenya besar sangat..so beli plastik ziplock ajelah

Nak add values sikit, kami beli casing bag yang boleh dijadikan pensel box kat kedai Eco

Jadilahhhh untuk budak-budak..hehe

Yang dirancang

Yang terjadinya di hari kejadian :)


Hopefully anak-anak suka la ehhh!

Luth Cabut Gigi

Sempena hari ni sekolah Luth cuti peristiwa Hari Anugerah Kecemerlangan,

marilah aku bawak dia ke klinik gigi kat tempat aku kerja ni

Kesian kawan..baru nak chill chill di hari cuti, sekaliiiii kena cabut gigi

kah kah kah

Tapi, sebelum acara cabut gigi, haruslah kita bagi dia makan sedap-sedap dulu..

Maklumlah, lepas cabut gigi kang kot terkurang selera makan ke apa kan..hehe

Rupanya tidak yaa..sama je berselera macam takde apa yang berlaku



Gigi Luth ni lain sikit versi dia dengan kakak Irdina

Kalau kakak Irdina duluuu, senang-senang je aku boleh cabut sendiri kat rumah dengan berbekalkan tisu dan jari jemari lembut aku..hahaha!

Tapi dengan gigi Luth ni tak boleh ya..

Dia punya struktur gigi susu tu masih utuh dan kukuh kat gusi

Tak bergoyang langsung

Padahal gigi kekal dah membesar kat belakang gigi susu dia tu

Dan bila setiap kali cabut, gigi dia akan keluar sebijik yang panjang

Bak kata Dentist tadi, gigi kekal dia tumbuh belakang dari gigi susu dia

Kalau biasa orang lain, gigi kekal akan tumbuh kacau gigi susu, tu yang gigi susu akan goyang dan longgar

Dan senanglah nak cabut

Hat ni tak...dia lain sikit

Hmmm..

Dan lagi satu, setiap kali nak cabut gigi, Dentist kat sini akan suggest untuk cucuk bius lokal dulu kat gusi sebelum cabut

Dan setiap kali tu la Luth akan request supaya cabut tanpa cucuk bius, hanya sapu je bius topikal (gel/krim)

Dan setiap kali tu laaa Dentist akan "terkagum" dengan si Luth ni sebab tahan sakit cabut gigi tanpa bius lokal

Bila tanya Luth sendiri, kanapa taknak cucuk bius lokal?

Dia kata, "cucuk bius tu lagi sakit dari cabut gigi, sebab dia cucuk kat gusi"

Ohh ada logiknya jugak..hehe



Ni picture masa dia cabut gigi sebelum sebelum ni

Kalau ikutkan, memang ada 2 gigi yang bertindih

Tapi Dentist suggest cabut 1 dulu...then bila-bila mai cabut sekali lagi

Kang cabut dua-dua kesian pulak dia nak tahan sakit tanpa bius lokal kan

So, 1 gigi lagi tu inilah harinyaaaaa..haha

Nasib baiklah tak ramai patients hari ni..dapatlah turn jumpa Dentist

Kalau si Luth tak cuti, payah nau nak cutikan dia semata-mata nak cabut gigi

.....

Then, tadi Dentist suggest untuk monitor gigi dia lagi 6 bulan

Kalau gigi kekal tak gerak ke depan secara natural, maybe kena dapatkan konsultan untuk braces pulak

alaaaa masakkkkkkkk!