raya oh raya

tahun ni aku puasa di Kelantan. sangat bahagia. agaknya.
walaupun tidak mendapat kelulusan bercuti,tiket raya sudah ku beli.
untuk pergi dan pulang.agak mahal. harga naik rm3 setiap satu.
bukan cekik darah. tapi cekik tulang.
tidak seperti tahun lepas, aku tidak boleh gunakan alasan itu.
alasan yang budak2 junior aku cuba pakai tahun ini.
alasan yang bos aku telah kenal pasti.
alasan : kami perlu bercuti kerana tiket dah dibeli.
tiada lagi alasan itu.
alasan yang semua orang pun sudah tahu.
dan mereka sangat tidak puas hati. aku rasa.

tahun ini aku akan bergerak dari Kelantan ke KL
pada 18 September 2009, 9.05 pagi.
dan akan pulang semula ke kelantan
pada 21 September 2009, 9.35 malam.
tahun ini beraya di Johol, negeri sembilan.
pertama kali dalam seumur hidup.
pelik tapi benar.
tahun ini, semua keluarga sebelah ayah turun negeri sembilan.
atok mahu jumpa semua cucu2 katanya.
aku pun tidak tahu mengapa.hairan.
cerita ini tamat~

dan yang gembiranya.
walaupun tahun ini aku tidak dapat cuti raya,
aku akan bercuti semula pada 1 hingga 11 Oktober 2009 dan pulang ke rawang.
pada kawan2, pakwe2, makwe2, skandal2 dan seangkatan dengannya,
kalian semua dijemput datang ke rumah ibubapaku di rawang.
sila jangan datang penang.
aku tiada.cet poyo~
dan lagi,
sila jangan mintak duit raya.
aku tidak mahu kasi.
sekian, terima kasih

yang ikhlas,

Comments

Paan said…
Johol??? Eh, datang Bahau ah. Kita merempit.
takdemood mau raye =(
aIsYaH said…
slamat ari raya..(iklan jap)
hik2..
missdicup said…
paan : mrempit mbahayakan diri.jom drift la.haha

si lampu neon : apsal xdok mood?

aisyah n semua : slamat hari raya gak. maap zahir batin.
small magician said…
slamat hari selase..
hehe
Anonymous said…
Terima kasih atas informasi menarik