Karaoke jamban

Tiba-tiba teringin nak pergi karaoke jamban. Nyanyi lagu dangdut Mas Idayu dengan Amalina satu. Mesti smart habis. Melalak sampai malam dengan kawan-kawan. Hilang semua kategori stress. Hilang semua jenis kekusutan. Tapi bila part kantoi dengan bakal mak mertua, lagi smart gila. Tak jadi dia hantar rombongan masuk meminang. Bukan sebab meluat tengok kami terkinja-kinja karaoke. Tapi tak tahan nak tadah telinga dengar suara sumbang. Memikirkan kesannya tu, aku pendamkan saja hasrat nak berkaraoke.


Comments