TOT Part 1 (maskot Nuri)

Hari minggu yang lalu, aku dan orang2 tertentu pergi ke usm untuk memajukan diri dalam arena sukan. Aku mengkategorikan orang2 tertentu kerana hanya orang2 tertentu sahaja yang sanggup dan rela menghitamkan diri demi sukan. Orang lain mungkin tidak.

Setelah berhempas pulas melarikan diri di atas balapan, memaksa diri menjadi pesakit yang amat kronik dikalangan peserta, pada petang harinya aku bertekad dan sebulat suara untuk cuba memakai maskot Nuri pasukan aku.

Aku tak nak cerita kosong ataupun bohong. Siapa kata pakai maskot best. Aku kata best. Boleh menari sesuka hati, melompat tak tentu pasal, mengorat tak kira umur, jadi patung besar untuk acara tembak-menembak bagi mereka yang gemarkan popular (sesi fotografi) dan lain-lain kebaikan yang aku malas nak nyatakan.

Dan....
Hanya orang terpilih saja yang tahu azab duduk dalam kepala besar haiwan tu. Mintak nyawa sejuta kali. Kepanasan macam cacing kena bakar. Kena buli pun ada. Ada jugak manusia yang tak pernah tengok maskot agaknya, pergi ketuk kepala maskot tu. Nasib baik masa tu aku tak nampak dan sedang berkepala besar. Kalau tak, siap la orang tu.aku pukul sampai berdarah.

Oleh itu,
Mulai saat ini, aku tabik spring pada para2 atau pari2 pemakai maskot. Bukan senang nak nampak senang. Bukan mudah nak pikul benda yang nampak mudah. Kalau tak percaya kata-kata aku, sila curi mana-mana maskot dan cuba pakai.... O.o


2 comments:

naem said...

heheheh...owh baru tau sapa yg pakai maskot ari tu....nasib baik x peluk...ingt wan...kakakakakaka

missdicup said...

chooooooii..
kantoi plak pakai maskot..
hohohoho~