TOT Part 2 (pelari pesakit kronik)

Minggu ni aku lantik menjadi minggu mengenang semua memori di TOT 36. Bagi mereka2 yang tak tahu lagi, TOT bukan bermaksud tot tot tot sampai 36 kali. TOT atau nama panjangnya Temasya Olahraga Tahunan telah tamat kejohanannya di usm pada minggu yang lalu. Bagi mereka2 yang tidak berkesempatan turun padang boleh baca cerita2 tipu aku. Bagi mereka yang berada di tempat kejadian, boleh mengiakan sahaja. Tiada pilihan.

Lumrah alam, ada yang lemah dan ada yang kuat. Lumrah permainan, ada yang kalah dan ada yang menang. Lumrah manusia, ada yang sakit dan ada juga yang sihat walafiat. Tetapi dalam kes aku, tiada yang lumrah. Ini kerana....yang lemah, yang kalah dan yang sakit itu adalah aku. Diulangi... yang lemah, kalah dan sakit. O.o

Kejadian ini berlaku dimana sebelum aku memakai maskot Nuri itu. Aku orang bertuah yang telah dipilih menjadi pesakit yang agak kronik dikalangan peserta pada hari pertama kejohanan. Setelah berhempas pulas melarikan diri di atas balapan dalam acara 400meter. aku dengan selambanya muntah beberapa kali dikhalayak ramai gara2 tidak mahu makan sebelum pelarian. Kunun2 mahu menjaga berat badan.

Setelah melarikan diri di atas balapan, aku pelari yang tidak dipilih untuk ke peringkat akhir. Mungkin juri berat sebelah. Mungkin juga aku tak cukup tenaga. Buat pelarian macam ayam tak cukup makan. Dan mungkin juga tahap adrenalin aku tiba-tiba mendadak naik melangit kerana ketakutan. Semua kemungkinan ni boleh menjadi faktor-faktor kekalahan.




kredit RM30 perlu diberikan kepada semua jurutembak2 yang ada di atas gambar2 mereka yg cantik tu. aku just curi je..lalalalalala~

Comments

zaiMi said…
yang lemah, kalah dan sakit? haha
naem said…
hehehee..muntah2 ek...kesian dicup....hohohoh.
tahun depan brekfst dlu be4 lari....klu x serik nak masuk lagi la....hehehehe
naem said…
aik...apsal muka aku xdak time angpa lompat rmai2 ni..
fuuuh....x aci......hoohhooh
missdicup said…
hahaha..
tu la naem..
kita kena alert ngan semua cameraman yg ada..