Lumrah alam, ada yang lemah dan ada yang kuat. Lumrah permainan, ada yang kalah dan ada yang menang. Lumrah manusia, ada yang sakit dan ada juga yang sihat walafiat. Tetapi dalam kes aku, tiada yang lumrah. Ini kerana....yang lemah, yang kalah dan yang sakit itu adalah aku. Diulangi... yang lemah, kalah dan sakit. O.o
Kejadian ini berlaku dimana sebelum aku memakai maskot Nuri itu. Aku orang bertuah yang telah dipilih menjadi pesakit yang agak kronik dikalangan peserta pada hari pertama kejohanan. Setelah berhempas pulas melarikan diri di atas balapan dalam acara 400meter. aku dengan selambanya muntah beberapa kali dikhalayak ramai gara2 tidak mahu makan sebelum pelarian. Kunun2 mahu menjaga berat badan.
Setelah melarikan diri di atas balapan, aku pelari yang tidak dipilih untuk ke peringkat akhir. Mungkin juri berat sebelah. Mungkin juga aku tak cukup tenaga. Buat pelarian macam ayam tak cukup makan. Dan mungkin juga tahap adrenalin aku tiba-tiba mendadak naik melangit kerana ketakutan. Semua kemungkinan ni boleh menjadi faktor-faktor kekalahan.
kredit RM30 perlu diberikan kepada semua jurutembak2 yang ada di atas gambar2 mereka yg cantik tu. aku just curi je..lalalalalala~
4 comments:
yang lemah, kalah dan sakit? haha
hehehee..muntah2 ek...kesian dicup....hohohoh.
tahun depan brekfst dlu be4 lari....klu x serik nak masuk lagi la....hehehehe
aik...apsal muka aku xdak time angpa lompat rmai2 ni..
fuuuh....x aci......hoohhooh
hahaha..
tu la naem..
kita kena alert ngan semua cameraman yg ada..
Post a Comment