Ini cerita bawah tanah. Benda ni terjadi pada satu hari ketika 2 minggu yang lepas. Aku terima sepucuk surat cinta daripada Encik Posmen. Surat cinta ni dikirimkan dari uitm. Aku terkesima tahap ayam kecipanan. Sedikit lagi mahu jadi raksaksa. Riak muka itu anda sendiri bayangkan.
Aku cuba eja setiap perkataan yang tertulis dalam surat tersebut. Dan mengingati semula tarikh keramat aku buat kerja gila tu. Ia bermula di sini. Pada 2-3 minggu dari hari yang aku terima surat cinta tu. Aku ada buka laman web uitm dan ternampak iklan jawatan kosong. Aku dengan gatal tangan telah menekan butang jawatan kosong tu dan terus memohon. Setelah resume siap diisi, aku klik butang send tanpa berfikir panjang. Maklumlah teknologi sudah maju. Anda tidak perlu bersusah payah beratur panjang membeli stem tiga puluh sen lagi seperti dulu. Dengan niat saja gatal mahu mencuba dan pada masa tu pun memang tiada kerja.
Aku tak boleh nak salahkan sesiapa kerana mempengaruhi aku masa tu. Sebab aku bukan bawah pengaruh alkohol ataupun dadah. Pesakit wad gila juga bukan. Masih boleh berfikir secara waras. Kalau bawa ke mahkamah pun sudah tentu aku yang akan kalah.
Berbalik pada surat cinta tu. Aku dikehendaki datang ke uitm Shah Alam pada 16 April 2010. Bukan untuk mencari jodoh. Bukan. Waima untuk berfoya-foya pun bukan (jangan tanya waima tu apa?). Dan aku dikehendaki membawa segala jenis mak nenek sijil dan surat pengesahan dari majikan.
Yang menjadi masalah besar pada aku ialah kami semua masih lagi dalam kontrak. Lagipun aku sebenarnya tak bersedia lagi nak berkhidmat di tempat lain. Keputusan sama ada aku akan pergi atau tidak aku belum tentukan lagi. Mungkin akan pergi dan mungkin juga tidak. Buat masa ni peratus tidak mengatasi peratus pergi. Tengoklah mana tahu nanti kalau ada seorang putera raja datang jemput aku naik kereta kuda untuk pergi interview. Mungkin masa tu peratus pergi terus naik mendadak tinggi.....*berangan*
2 comments:
putera raja...datanglah menolong puteri dicup...hahahhah
hakhak duduk la kat bertam tu dulu....nnt2 ler br p shah alam tu balek...btw fakulti puncak alam memang cantik
Post a Comment