bagaimana nak tukar template baru

hari ni aku macam bermurah hati nak tunjukkan cara-cara macamana nak tukar template baru untuk pengguna pengguna blogspot. Sharing is caring kan. Tapi diulangi sekali lagi. Hanya untuk pengguna pengguna blogspot sahaja. Pengguna blog sosial lain, sila tanya orang lain. Sebab aku pun tak tahu. he he he he.

ok..dah dah jangan membebel lagi. mari belajar. sila buat satu satu.

1. mula mula korang kena la carik template yang korang suka dulu.ni senang je. selongkar kat pakcik google handsome. Ada banyak pilihan. Boleh juling mata dibuatnya. Kalau korang malas malas jugak nak google, ni aku dah sediakan beberapa darlink-darlink untuk korang pilih. .

www.bietemplates.com
www.instantshift.com
www.templatesblogger.net
www.zoomtemplate.com
masih rasa malas malas lagi? sila pergi ambil bantal sekarang dan terus tidur.

2. Bila korang dah pilih mana template yang korang berkenan sangat sangat tu, sila download dan simpan dalam my document korang. nanti hasil download file dia akan dapat macam ni.



4. File ni dalam bentuk zipped. So, korang kena unzipped dan extract file ni menjadi folder dulu. Cara nak extract, senang saja. tutup mata sebelah pun boleh buat. kelik mouse kanan, then tekan Extract files...

5. Dah siap semua semua tu, sekarang kita kasi fokus kat blog pulak. mula mula kasi bukak itu blog. Login guna email dan password sendiri.

6. Automatik korang dah ada kat Dashboard, kemuadian pergi kelik Design. Kelik Edit HTML.

7. Pastu korang ada tak nampak ayat ni :

    Upload a template from a file on your hard drive                      Browse | Upload

Ok..kalau nampak, bagus. Kalau tak nampak, sila pakai spekmata tebal tebal sikit kasi nampak.

8.Pastu korang tekan browse, carik file yang korang extract tadi kat my document.

9. Bila korang nak upload, korang tekan upload laju laju.

10. Nanti dia akan tanya, samada korang nak save ke tak widget widget yang korang ada sebelum ni. Tu terpulang pada korang. Kalau korang rasa nak simpan, sila tekan save the widget.

11. Agak agak tak percaya boleh jadi ke tak, korang tekan preview dulu.

12. Bila agak agak dah cun cantik  molek macam aku, cepat cepat tekan save template laju laju.

13. Bila dah siap siap siap semua, apa lagi..cepat cepat bayar duit yuran harian kat aku..heh heh heh. Amacam? senang tak? senang je kan pejam sebelah mata pun boleh buat kan. :)


3 comments:

Anonymous said...

TQ..Sungguh mulia hati kamu berkongsi ilmu..

Unknown said...

thank you very much miss pretty.hehe XD

Unknown said...

thank you for sharing.boleh try..mmg dok mencari cara-cara nak tukar template..tq dear