Hari ni dah masuk seminggu orang-orang di kelantan muak tengok muka aku. Tinggal lagi 2 minggu diorang semua kena tahan. Pada siapa-siapa yang tak tahu-tahu lagi, aku telah dihantar ke husm kubang kerian atas alasan perlu mencari calon pakwe. Eh silap silap, bukan. Untuk mencari ilmu dan kemahiran yang ada.
(cik PU,sila jangan marah saya,saya tershashul.hik hik hik).
Setelah seminggu berlalu,aku sudah pandai shopping sakan di wakaf che Yeh, pergi bersiar-siar di pantai irama, melihat-pakwe-pakwe handsome dan membuat gram staining..yeay! (padahal ni la benda paling basic dalam mikrobiologi..sowi bos..saya dah lupa.).
Aku tahu..korang-korang pun ada yang tak tahu gram staining tu apa kan? kan? kan?
Jom kita belajar sama-sama. Mula-mula buka mata besar-besar sambil lihat procedure kat bawah ni:
setelah tamat semua-semua kerja susah tadi,
inilah hasilnya bila kita tengok bawah microscope :
ni maknanya ada 2 mixed organism dalam sampel pesakit tu.
Yang warna biru bulat-bulat biru tu Staphylococcus aureus (Gram positive cocci)
Yang panjang-panjang merah tu Escherichia coli (Gram negative bacilli)
selain itu...
aku sudah pandai buat streaking....yuhuuuu..kagum tak? kagum kan kan kan
dannnnnn...
setelah beberapa jam incubate......inilah hasilnya :
ok, buat masa ni, tu je kepandaian yang aku ada dalam bab makmal bakteriologi ni.
lain-lain ilmu, aku belajar minggu depan..
aku nak sambung belajar bab orang-orang dewasa dengan cikgu Hafiza Hassan pulak.
rasanya bab ni lagi seronok kot..keh keh keh
dan komen-komen yang lain bersambung di facebook Syud Nafis :)
ok, tu je..lain kali aku update lagi..
yabedabedu..windu cik PU (T_T)
2 comments:
aku nak kena kagum staining tu ka streaking tu errr err aku pun kena p blajar blk ni
ko kagum kat mr google.
ha ha ha
Post a Comment